.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Tuesday, March 2, 2010

Suasana ceramah “Impian Kasih Antara Fantasi & Realiti” (Konsep Cinta Dalam Islam)

Siswa Uitm Perlis bersama AJK Persatuan IMAM bekerjasama membentangkan kanvas sebelum ceramah bermula.Terima Kasih di ucapakan kepada semua yang menjayakan program ceramah ini.Semoga Allah SWT membalas segala penat lelah yang telah di curahkan.


Gerai jualan juga di buka di tepi tapak ceramah,kelihatan CD daripada Dr Hishamuddin Alham turut di jual bagi di miliki oleh semua mahasiswa Uitm Perlis.


Kehadiran begitu ramai mahasiswa menunjukkan mereka sebenarnya dahagakan program sebegini.


Sokongan padu daripada seluruh warga kampus kepada ceramah-ceramah sebegini menunjukkan satu momentun yang baik bagi program-program yang akan diadakan pada masa datang.


Mereka khusyuk mendengar ceramah menggunakan multimedia,satu kaedah dakwah yang berkesan di zaman ini.Memanfaatkan teknologi yang sedia ada.


Sambutan kepada program pembentukan jiwa seperti ini semakin menggalakkan.


Kelihatan Presiden IMAM saudara Bob Affendy,saudara Nik Mohd Kamal,Presiden MTK saudara Mohd Shakir,bekas Presiden MTK semester lepas saudara Mohd Yassir bersama Imam Masjid An-Nur Ustaz Ramzani dan penceramah pada malam ini Dr Hishamuddin Alham.

1 comment:

Hishamuddin Alham said...

Assalamualaikum wrt

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah dapat menyumbang ke arah menjayakan program tersebut. Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya buat ceramah dengan dihadiri oleh mereka yang duduk di atas tikar dan bilangan yang begitu ramai.... syabassss !!!!
Dr. Hishamuddin Alham (ahisham2001@yahoo.com)

Related Posts with Thumbnails