.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Saturday, March 6, 2010

Suasana Klinik Solat Siri 2 di Kolej Cendana

Solat (bahasa Arab : صلاة‎, pl. alawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam . Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat . Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam .


Hanya seramai ini sahaja penghuni Kolej Cendana yang datang bersolat di bawah ini,mungkin penghuni lain ada kelas dan juga tiada di bilik,apa-apa pun solat wajib di tunaikan dalam apa jua sekalipun.


Apabila seseorang yang berakal dan mencapai baligh,maka wajib solat,jika tidak solat maka berdosa besar.


Sujud dan memuji Maha Tinggi Allah SWT.


Solat lah kamu sebelum kamu di solatkan.


Siswa sedang mendengar amanat daripada Saudara Mohd Hanif Jubri berkaitan aktiviti yang akan diadakan oleh Kolej Cendana akan datang.


Saudara Fitri melemparkan senyuman yang paling baik kepada camera man,senyum itu kan sedekah.


Program seperti ini lah yang perlu di perhebatkan kepada semua mahasiswa kerana akan membina roh dan menjadi mukmin yang benar-benar taat pada Allah SWT.


Muhasabah yang menginsafkan.


Dengar elok-elok apa tuan presiden nak cakap ya.


ooo...pertandingkan marhaban rupanya tuan presiden nak cakap,masih kosong ke presiden?kalu masih kosong saya nak masuk,maklum lah suara saya boleh tahan jugak sedapnya,kalu nak menang tempat pertama tu,buat masa ni cerah lah.


Tuan-tuan yang di rahmati Allah sekalian,marilah kita sama-sama mengajak kawan-kawan kita yang lain agar tunduk pada perintah-Nya.Tazkirah yang menusuk dari presiden Cendana.


Tuan-tuan sekalian jangan lupa ya,malam ahad ni,semua kena pi stadium,Raja Muda Perlis mari untuk letakkan nama baru setiap kolej,kalu tak mai semester depan tak dapat kolej tau.Ni saya dah pesan awal-awal lagi.


Alhamdulillah insaf aku mendengar takzirah dari tuan presiden,kalu kolej lain buat kem macam presiden kita buat kan elok.Nak pi masjid rasanya jauh sangat.Buat banyak kali pun kat bawah ni lagi baik.Lepas ni makan pulak,dah la dapat solat berjemaah air dan makanan di sediakan pulak tu..eh..eh..eh murahnya rezeki malam ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails