.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Saturday, March 13, 2010

Kemeriahan Sukaneka Persatuan IMAM

Sedang menunggu sahabat-sahabat lain di perkarangan Masjid An-Nur


Mula bergerak menuju ke kompleks sukan dengan berjogging


Saudara Fareed sedang memeriksa sound system supaya berada dalam keadaan yang elok sebelum di gunakan


Di mulai dengan pertandingan futsal yang di menangi oleh group penulis dengan jaringan 2-1


Berehat sebentar selepas penat meraikan kemenangan bergaya


Acara pertama di beri nama pancing kawan dengan buah epal,kelihatan suwairi bersama pemancingnya sedang enak memakan epal.


Terus menyuap ke mulut sahabat,sedangkan peraturan adalah sebaliknya


Panas yang membahang menyebabkan Saudara Afnan menggunakan apa sahaja untuk di jadikan alas kepala,sungguh kreatif.


Acara yang paling melenguhkan adalah tapak king kong atau menyusun bata


tiup bang...lagi bang,acara meniup tepung adalah tradisi yang masih di pertahankan pada setiap sukaneka


Semangat ini yang kita inginkan dalam meniup tepung,tipu lagi suwairi...lagi sekali


Peserta paling berdisiplin yang juga bekas timbalan Presiden Diploma Sains semester lepas


Acara kemuncak adalah tarik tali yang memerlukan henjutan seragam


Tarikan sang juara,Biro Bimbingan dan Motivasi menjuarai acara tarik tali pada sukaneka kali ini.Terima kasih Biro BM di atas semangat yang membara yang anda tunjukkan.

komeha...mehan....loncatan kegembiraan melepaskan segala tekanan yang ada dalam fikiran.


Gambar kenangan,sebelum kita berpisah buat selamanya


Menunggu upacara penyampaian hadiah


Walaupun banyak memenangi tempat pertama,tetapi markah mereka terpaksa di tolak dan hanya mampu menduduki tempat ke-2


Muslimat juga turut bersukaneka,selamat berjaya


No comments:

Related Posts with Thumbnails