.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Wednesday, March 31, 2010

Pentingnya Matlamat

image

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.


Matlamat memudahkan perancangan.


Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!



Matlamat membantu anda membuat keputusan.


Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!


Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.


Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.


Matlamat pengukur kejayaan.


Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.


Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)


sumber:www.iLuvislam.com

Tuesday, March 30, 2010

Fungsi Ketawa & Menangis


SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja.

Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.

Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.

Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Air mata basal (untuk melembapkan mata).

Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).

Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi.

Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi.

Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang.

Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan.

Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

Jadi jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.

Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.

Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.

Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak.

Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.

Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.

Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

Merendahkan tekanan darah.

Merangsang mood.

Meningkatkan daya ketahanan badan.

Memperbaiki fungsi otak.

Melindungi jantung.

Merapatkan hubungan dengan orang lain.

Melegakan perasaan.

Membuatkan kita berasa selesa.

Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung.

Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.

Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.

Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa.

Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik.

Sumber: http://www.ipislam.edu.my






Monday, March 29, 2010

KARNIVAL DAHLIA 2 2010


Assalamualaikum wrbt,

Bersyukur kita setinggi-tinggi kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang dan ruang untuk kita sama-sama merasai nikmat iman dan islam dan seterusnya melaksanakan segala perintahnya.

Masing-masing mungkin kepenatan menghadiri carnival selama 3 hari yang diadakan di anjung siswa yang mana berkakhir pada malam semalam dengan penutupan yang begitu bersemangat dari penasyid tanahair yang tidak asing lagi iaitu abg muadz.Lagu-lagu yang di alunkan pada telingan kita di ambil daripada hadis-hadis dari Rasulullah SAW dan membuatkan kita sebagai mahasiswa terus bersemangat dengan gaya pembawakan beliau.

Sudah tiba masanya kita kembali mengemilangkan Islam dari semua sudut dan cabang agar umat Islam terus menjadi umat yang di segani di dunia ini.Jika kita lihat sekarang ini saudara kita di Palestin terus di bedil oleh pesawat-peswat tempur terhebat milik zionis laknatullah meranapkan dan memusnahkan semua rumah,sekolah,masjid,ladang dan banyak lagi.

Ayuh mahasiswa marilah sama-sama kita menjadi pembela kepada rakyat Palestin yang sudah lama di ganyang oleh Israel tanpa sedikit pun belas kasihan.Marilah kita bersatu hati menyatakan bantahan dan gertakkan kita kepada Israel dan sekutunya AS supaya mereka ini tidak terus mengebom negara Palestin.Oleh itu sokongan kita sebagai mahasiswa dalam isu Palestin ini akan terus hidup membara walaupun kita tidak mungkin ke sana tetapi kita mempunyai banyak saluran untuk membantu rakyat Palestin yang terus di bom oleh helicopter Apache yang termoden di abad ini.

Akhirnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kompleks Dahli 2 khususnya kepada AJK yang terlibat bertungkus-lumus siang dan malam untuk melaksanakan carnival ini sehingga mencapai kejayaan yang tidak pernah lagi di cipta oleh AJK dari kompleks atau kolej siswa sendiri.Insya Allah dengan gerak kerja yang tersusun dan komitmen yang berterusan maka segalanya itu akan mendapat balasan yang terbaik di sisi-Nya.

Wassalam.

Presiden IMAM Uitm Perlis

Bob Effendy Bin Zulkifli

Mengambil semangat dari karnival Dahlia 2

Abg Muadz,pernah di temua bual oleh Majalah I seketika dulu,juga sukarelawan selamatkan Gaza


Lagu-lagu yang di bawa membangkitkan semangat sebagai seorang mahasiswa.


"Keikhlasan persahabatan mengeratkan ukhuwah sejati"


peminat cilik pun turut menyaksikan konsert nasyid ini


Presiden Kompleks Dahlia 2,Saudari Noor Izati


Mesej dakwah cukup jelas dan di tampal di seluruh tempat karnival ini


mai...mai..mai...Jagung bakar,jagung bakar


Jersey pun ada di jual dengan harga RM15.00


Macam-macam ada di gerai ini


Apa ini?admin pun tak pasti nama apa,maklumlah xpernah makan yang pelik-pelik macam ni.

Muaz menggegar Uitm Arau

Sunday, March 28, 2010

Raptai nasyid oleh Abang Muaz

Gubahan Buah Tembikai,agak-agak yang mana paling cantik?






Ceramah bertajuk "Kawin Muda" beserta tayangan multimedia

Ustaz sedang memberikan ceramah yang begitu hangat kepada mahasiswa Uitm Perlis.


Mendapat sambutan di luar jangkaan,sehinggakan terpaksa duduk di atas lantai yang beralaskan tikar.


Ini lah suasana semasa ceramah isu kawin muda yang di adakan di Anjung Siswa


Satu karnival yang berjaya di anjurkan oleh Kompleks Dahlia (siswi) dengan di tampal risalah di setiap tapak yang bertulis "di larang berdua-duaan sepanjang karnival ini berlansung",ayuh Kompleks Cengal (siswa) apa tunggu lagi bangkit tunjukkan kejayaan anda pula.


Sememangnya siswi sentiasa memenuhi setiap program yang di anjurkan di mana-mana sahaja,di manakah siswa?

Ceramah "PALESTIN MENANGIS" di SMK Syed Ahmad,Tambun Tulang,Arau,Perlis

Seorang pelajar perempuan sedang menangis melihat tayangan rakyat Palestin yang di bedil oleh Tentera Israel


Kesyahduan mula di rasai oleh pelajar-pelajar ini


Wakil Persatuan IMAM Uitm Perlis sebagai penceramah isu "PALESTIN MENANGIS".


Seramai 70 orang pelajar yang mengikuti kem selama 3 hari ini yang di anjurkan oleh mahasiswa dari Uitm Perlis.


Keinsafan mula merayap keseluruhan tubuh pelajar-pelajar ini.


Saturday, March 27, 2010

CERAMAH AGAMA


PERTANIAN DALAM

AL-QURAN

Tempat:

Masjid An-Nur


Tarikh:

27 Mac 2010(malam ini)


Masa:

9.00-11.00 mlm


PENCERAMAH:

USTAZ FATAH YASSIN BIN MOHD SAID

(PEGAWAI RABITAH SAUDI ARABIA)

ANJURAN

PLANTERS GUILD

(DIPLOMA PENGURUSAN LADANG)



KARNIVAL DAHLIA 2010



TARIKH : 26-28/03/2010 (JUMAAT-AHAD)
MASA : 9.00 PG – 11.00 MALAM
TEMPAT : ANJUNG SISWA (MUSHROOM)

SENARAI AKTIVITI:

# Tayangan video
# Treasure hunt
# Gubahan buah tembikai
# Rekacipta iklan
# Persembahan nasyid
# Pertandingan
- Permainan tradisional
- Melukis karikatur Islam
- Melukis poster bertemakan flora dan fauna
- Membuat laying-layang dan menaikkannya
- Gerai tercantik
# Cabutan bertuah
# Forum (tajuk: Kahwin Muda)
# Fashion show
# Teka gula-gula kacang

Apa lagi? Jom ramai-ramai ke sana na..

Palestin masih derita: Di manakah Suara Mahasiswa

Saudara Muhammad Hafizul Abdul Ghani sedang menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Palestin.


Antara siswa yang hadir pada pagi ini selepas solat subuh.


Projector pulak tak boleh di gunakan,terpaksa menggunakan 2 biji laptop untuk di pertontonkan kepada hadirin yang hadir.


Petang semalam hujan turun dengan lebat berserta ribut.


Presiden Kompleks Cengal 1,Saudara Mohd Hanif sedang menyampaikan ucapan penutup.syabas di ucapkan kepada seluruh urusetia kompleks cengal 1.

Related Posts with Thumbnails