.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Tuesday, March 16, 2010

Capaian mudah laman web sosial


NOKIA C5 memberi peluang kepada pengguna mengakses rangkaian laman web sosial secara mudah dan cepat.


SELAIN aplikasi cemerlang, kehadiran telefon bimbit bagi Siri-C daripada Nokia turut memberi penekanan kepada fungsi interaksi rangkaian laman web sosial.Ini merupakan produk terbaru, syarikat pengeluar telekomunikasi berkenaan telah memperkenalkan telefon bimbit pintar Nokia C5.


Ia disempurnakan dengan rekaan kompak dan nipis sesuai untuk kegunaan pelbagai peringkat pengguna.Model itu mempunyai kelebihan dipertingkatkan dengan prestasi perkongsian pelbagai perkhidmatan selain akses mudah kepada rangkaian laman web sosial.


Antara aplikasi terbaiknya adalah seperti pelayaran percuma menerusi Ovi Maps serta perkongsian lokasi dengan kenalan di Facebook.Pengguna turut ditawarkan dengan perkhidmatan Internet yang lebih pantas untuk mengakses aplikasi seperti Ovi Music dan Ovi Store.Selain itu, aktiviti komunikasi juga akan dapat dijalankan dengan lebih lancar menerusi kemudahan capaian terus kepada nombor telefon kegemaran serta mengemaskini maklumat Facebook dan Myspace.


Menerusi Ovi Mail dan perkhidmatan Nokia Messaging pula, pengguna akan dapat membuka mana-mana akaun emel mereka secara lebih cepat dan pantas.Nokia C5 didatangkan bersama kamera 3.2 megapiksel, sokongan kad memori dua gigabit (GB), sambungan data berkelajuan tinggi serta kemudahan memuat naik gambar dan video kepada laman web sosial.


Model itu bakal memasuki pasaran negara menjelang suku kedua tahun ini. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman web www.nokia.com.

Add to Google

No comments:

Related Posts with Thumbnails