Deretan motor jenis Yamaha Lagenda menguasai suasana di hadapan anjung siswa ini sebelum di lepaskan oleh Pengarah Kampus Uitm Perlis.
Unit keselamatan Uitm bahagian trafik bersiap sedia dengan motor Honda berkuasa tinggi menggiringi ketumbukkan mahasiswa ini.
Pengarah Kampus Prof Dr Hj Khudzir Hj Ismail sedang berbincang bersama Encik Zailuddin sebelum melepaskan konvoi ini.
Semangat membara pelajar dari Diploma Civil,selepas subuh sudah menanti di anjung siswa ini,inilah semangat dan komitmen yang kita inginkan.
Sawah padi yang menghijau menggamit 1001 ketenangan,sesuai dengan tema "Menabur Budi Menyemai Bakti".
Mungkin anda tertanya-tanya motor siapakah ini?ini adalah motor paling laju dan smart dalam Uitm Perlis.
Laa...dari Presiden Jati iaitu Pak Tam (sekarang kompleks cengal),cukup membuat hadirin tidak kering gusi.Terima kasih Pak Tam.
Jika ada anugerah pelajar terajin,maka admin akan memilih abang ini untuk menerima anugerah itu,syabas di ucapakan semoga sihat walafiat.
Sapu bang...biar bersih tau...bekas Presiden IMAM semester lepas Muhammad Danial (Diploma Civil) juga adalah pelajar cemerlang Uitm Perlis turut melibatkan diri dalam konvoi ini.
Bergambar bersama bekas Presiden Kolej Resak (sekarang kompleks cengal) dan bekas YDP MTK semester lepas.Sekarang ini YDP MTK adalah Mohd Shakir.
Forum bersama Pengarah Kampus dan barisan ahli panel terdiri daripada Presiden Kolej Beringin,Presiden Kolej Cendana (sekarang kompleks cengal 1),bekas YDP MTK juga pelajar contoh Uitm Perlis mendapat AD dan NC semasa diploma dahulu, dan Timbalan Presiden Kolej Damak (sekarang kompleks cengal 7).
Berakhirnya forum itu tadi,maka selesai sudah program ini,taklimat pergerakkan seterusnya di kendalikan oleh Saudara Mohd Hanif juga Presiden Kompleks Cengal 1.
No comments:
Post a Comment