.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Wednesday, February 10, 2010

Gambaran Wacana Perdana: Mahasiswa dan Cinta

Biro Latihan dan Dakwah Masjid An-Nur bersama dengan MTK dan Persatuan IMAM berganding bahu menjayakan Wacana Perdana yang betajuk Mahasiswa dan Cinta


Suasana tapak program pada pukul 2.27 petang,segala kelengkapan sedang di siapkan


Ini lah sambutan di luar jangkaan penganjur,kehadiran mahasiswa yang cukup ramai pada malam ini menunjukkan satu momentum yang sangat baik untuk masa-masa yang mendatang.


Siswa sedang memuhasabahkan diri masing-masing.

Presiden Teknologi Marin Saudara Nur Azam membelek-belek buku untuk di beli,gerai Persatuan IMAM ini akan sentiasa beroperasi apabila adanya program seperti ini.


Siswa terpaksa duduk di tepi jalan kerana tempat yang di sediakan tidak cukup untuk menampung kehadiran mahasiswa yang begitu ramai.


Program berakhir tepat jam 11.00 malam,mahasiswa mengambil kesempatan merehatkan diri sambil melihat bebintang di angkasa.


Apabila anda katakan tidak pada pergaulan bebas,anda akan selamat di dunia dan akhirat.


Bukan sekadar tepuk di dada,tetapi tanyalah Iman dalam diri masing-masing.


Ahli-ahli IMAM berkerjasama menyusun kembali tikar dan membersihkan tapak program.


Mahasiswa/si mengambil kesempatan untuk menggunjungi gerai IMAM yang menjual pelbagai produk halal dan suci,jika anda tidak berpeluang membelinya pada malam itu,dapatkan semula barangan di kiosk IMAM berdekatan dengan podium.


Pembahagian stiker kolej kepada mahasiswa/si Uitm Perlis



"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan mencari alasan"
-Peribahasa Arab.





1 comment:

Related Posts with Thumbnails