.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Tuesday, February 2, 2010

Majlis Perasmian Kiosk Persatuan IMAM

Ini lah suasana ceria semasa hari pelancaran kiosk IMAM,masing-masing mengambil peluang untuk membeli produk keluaran muslim ini,setidak-tidaknya sahabat-sahabat akan membeli sebotol air meneral untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sekarang panas dan kering.Cuaca seperti ini sesuai untuk buah mempelan harum manis yang menjadi ikon Negeri Perlis.


Ustaz Basri Abdul Ghani sedang memotong riben seterusnya merasmikan Kiosk Persatuan IMAM bersebelahan podium dengan bacaan doa selamat.


Selesai sudah majlis perasmian,Ustaz Basri membelek-belek buku untuk di beli.


Ustaz Basri memilih barangan,semua barangan yang ada di sini halal lagi suci


Ustaz Basri Abdul Ghani yang berkelulusan MA dalam bidang Ekonomi Islam,juga merupakan pensyarah selain perunding kewangan Islam.Ustaz Basri berasal dari Negeri Terengganu.


Rambang mata,pelbagai barangan produk keluaran muslim ada di jual di sini,kelihatan keropok segera,buku,kismis,koko (Gred A),kopi radix(mai secawan) dan banyak lagi hanya menunggu kedatangan anda untuk membelinya.


Foto kenangan bersama Ustaz Basri,kelihatan Saudara Yassir (Ijazah SM Matematik Pengurusan) sebagai mantan YDP MTK sesi 09-10,turut hadir bagi untuk menjayakan majlis ini adalah mantan Presiden IMAM semester lepas Saudara Danail (Diploma Kejuruteraan Awam) dan juga Presiden Marin Teknologi iaitu Saudara Nur Azam (Ijazah SM Marin Teknologi),juga kelihatan Presiden Kolej Cendana Saudara Hanif (Diploma Sains) serta Presiden Silat Olahraga Saudara Afnan (Diploma Pengurusan Ladang), mungkin sahabat tertanya-tanya di manakah Presiden IMAM,untuk pengetahuan semua Presiden IMAM sedang mengambil gambar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails