Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
Selamat mencuba!
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minasSyaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
- Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah kemarahan akan
mulai reda.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment