Negara kita dahulu dikejutkan dengan seorang kanak2 genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Nama dan gambar Mohd. Shukri Hadafi mula menguasai dada akhbar2 tempatan ketika tahun 60-an. Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/1977)
Namun begitu Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa, seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979). Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita pada akhir 90-an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah. Mastika pernah mewawancara beliau yang ketika itu menjadi penebar roti canai. Segala kisah hidup beliau dibongkarkan dari beliau kecil hinggalah dewasa. Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
ADI PUTRA
Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali bermain di kotak fikiran kita apabila seorang kanak-kanak bernama Adi Putra Abdul Ghani muncul menghiasi dada akhbar dengan kelebihan luar biasanya di dalam bidang Matematik. Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau. Tetapi apa yang pasti pelbagai masalah timbul dalam usaha untuk mencari sekolah yang sesuai dengan tahap kepandaian beliau.Sama-samalah kita berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi ’sumpah’ ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.
Chan Yao-ban
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda di Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz. Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan’ yang bakal memanfaatkan kelebihannya.
Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri’ dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?
SUFIAH YUSOF
Persoalan ini menjadi semakin serius apabila kita digemparkan dengan seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof. Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.
Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Kemudiannya, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tuisyen accelerated learning kendaliannya.
Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!
Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda’s College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa’.
Apakah semua ini?
JOHN NASH
Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem A Beautiful Mind.
Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.Katanya, "More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women".
Justeru, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Di alam persekolahan umpamanya, ketika saya berada di sekolah menengah, saya mencemuh beberapa remaja bermotosikal yang membuat bising di hadapan sekolah. Tetapi kawan saya yang mengenali remaja tersebut mengatakan remaja itu adalah bekas pelajar sekolah dan merupakan antara pelajar yang cemerlang dan pandai. Tetapi pada akhirnya remaja tersebut terjebak dengan masalah sosial dan tidak lagi meneruskan persekolahan.
Seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.
PENGAJARAN
Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita. Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang yercatat dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?
Sejarah Islam merakamkan ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Tokoh-tokoh terkenal sepertii al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.
Apakah rahsia mereka?
Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.
Hebatkah menjadi seorang yang genius? Jika ditanya kepada rakan-rakan pasti jawapan mereka adalah 'ya'. Tetapi mereka tidak tahu kesengsaraan dan kepahitan yang dialami oleh mereka yang bergelar genius.
BUAT PENDAKWAH
Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus. Banyak komen-komen mudah daripada ramai pihak yang secara mudahnya menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Begitu juga jikalau topik ini dibicarakan dengan rakan-rakan kita. Saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan tekanan. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi. Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan dengan tekanan lazimnya mengaitkan pula dengan obsesi seseorang kepada agama!
Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.
Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama’ atau ‘hidup tidak mengikut sunnah’.
Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

No comments:
Post a Comment