.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Sunday, January 18, 2009

Suasana di Alam Neraka

  • Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk. Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya."
  • Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah dilakukannya. Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca ayat ini: “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan ini begini dan begini...”
  • Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap hamba-Nya Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda: “Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya: “Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).” Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65
    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan
    mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”
  • Neraka jahanam yang hitam gelap: Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda: “Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.
  • Apa yang berlaku di lembah jahanam: Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mananeraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”
  • Bagaimana dalamnya dasar jahanam: Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata: “Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”
  • Barang Yang ditempa oleh ahli neraka: Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda: “Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”
  • Buruknya rupa ahli neraka: Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata: “Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.” Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.
  • Besarnya ahli neraka: Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
    “Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.
  • Tangisan ahli neraka: Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w: “Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis
    dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahuperahu maka akan hanyut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails