Sebagai seorang mahasisiwa merangkap pelajar universiti, adalah penting bagi kita untuk mengetahui kaedah belajar yang berkesan. Tidak dinafikan bahawa unsur-unsur spiritual banyak mempengaruhi kita, namun mengharapkan bantuan Ilahi tanpa usaha adalah satu perkara yang sia-sia. Kita semua sudah sedia maklum bahawa alam universiti merupakan medium terakhir kita sebagai pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Hanya inidividu yang lulus dengan cemerlang sahaja mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Begitu juga dengan lepasan diploma/ijazah, hanya mereka yang layak sahaja yang berupaya menyambung ke peringkat pengajian yang lebih tinggi sesuai dengan keputusan CGPA yang diprolehi. Tambahan pula dengan isu kegawatan ekonomi dunia yang semakin meruncing di mana hampir 500 ribu pekerja telah diberhentikan daripada sektor-sektor awam dan swasta.
Antara kaedah-kaedah yang boleh kita amalkan adalah:
Antara kaedah-kaedah yang boleh kita amalkan adalah:
- berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran pensyarah di dalam kelas
- sentiasa bersoal jawab dengan pensyarah dalam hal-hal pelajaran
- membaca setiap nota yang diberikan
- membuat latihan2 yang diberikan+mencari latihan2 tambahan
- faham apa yang dibaca, bukannya menghafal apa yang tak faham
- membuat nota ringkas
- mengadakan study group supaya sesi perbincangan lebih menarik
- berfikir secara kreatif dan kritis
No comments:
Post a Comment