.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Monday, October 11, 2010

Ukhuwwah Fillah Abadan Abada


Seorang penyair berujar:

Banyak orang mempunyai berbagai angan-angan

Sedang angan-anganku dalam kehidupan

Hanya seorang sahabat yang rela berbagi nasib

Kami berdua laksana satu ruh

Yang dibagi untuk dua tubuh

TUBUH KAMI DUA NAMUN RUH KAMI SATU

1.Tasik Ilham yang telah meng'ilham'kan pemuda-pemudi yang mencintai Islam telah menjadi saksi bisu terhadap eratnya ukhuwwah mereka. Ikatan persaudaraan yang didasarkan kepada aqidah dan imaniyyah ini pastinya akan dikejap mereka kemas-keming.Biarpun ada sahaja gangguan luar yang cuba meretakkan kesatuan ini,ianya pasti bersifat sementara dan akan bertakup kembali.Kerana apa terjadi sedemikian?Tidak lain dan tidak bukan kerana ianya dijaga oleh Sang Pencipta.

"Dan Dia yang mempersatukan hati mereka.Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi,nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka,akan tetapi Allahlah yang mempersatukan hati mereka"(Al-Anfal:62-63)

2. Wangian rahmat Allah yang harum semerbak mula tersebar di tasik yang agak lengang itu sebaik sahaja mereka tiba,menceriakan suasana yang suram sebelumnya.Walaupun mereka hadir dengan memikul 1001 perasaan tugasan pelajar yang menekan,ianya telah dilegakan dengan terapi ukhuwwah ini yang cukup berkesan.Melihat senyuman dan kegembiraan mereka,pasti membuatkan sesiapa sahaja hilang sekejap bebanan yang ditimpa.

3.Habis hilang segala perasaan buruk sangka,dendam,iri dan sebagainya tatkala mereka bertemu dan bersua muka dalam suasana ceria dan gembira ini.Benarlah firmanNya:

"Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka,sedang mereka berasa bersaudara" (Al-Hijr:47)

Apabila saja mereka bersama kerana Allah,gusar dan 'leper' macam mana pun,mereka akan mendapati akhirnya mereka menemui penyelesaiannya,justeru kerana segenap makhluk sekeliling juga mendoakan kebahagiaan mereka.Tidak hairanlah As-Syahid Mustafa Masyhur pernah mengungkapkan:

"Orang yang hidup di bawah naungan cinta & ukhuwwah kerana Allah pasti merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan dunia"

4. Mereka,yang dimaksudkan ini,ialah sedikit sahaja bilangannya,jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan masyarakatnya.Mereka sangat meyakini akan hadis nabi SAW bahawa,kelak akan ada segolongan manusia yang sangat pelik dilihat oleh masyarakat,dek kerana kecintaan mereka terhadap amal Islami.Justeru,keinginan untuk menjadi 'manusia pelik' itu,sangat diidam-idamkan oleh mereka.

5. Mereka sangat tegar berhadapan dengan segala rencam masalah ummah hari ini.Minda mereka berputar ligat memikirkan apa lagi inisiatif seterusnya untuk menggulingkan kemungkaran yang bermaharajalela,dan mengangkat setinggi-tingginya kebenaran ke tempat yang selayaknya. Islam yang suci ini,tidak akan direlakan mereka untuk dikotori oleh sang juhala',apatah lagi oleh sang durjana!

6. Jalinan persahabatan ini,diusahakan sedaya-upaya sepertinya teman-teman Abal Qasim. Sesungguhnya mereka sedar,siapalah diri mereka jika ingin dibandingkan sahabat-sahabat Rasulullah,namun mereka sangat merindui untuk bertemu baginda,untuk menagih cintanya di akhirat kelak,sekalipun mereka tidak pernah melihat cahaya wajahnya.

7. "Tiada sesuatu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam,selain teman yang soleh.Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya,maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh" (Umar R.A)

Barangkali inilah sebabnya,kenapa mereka kelihatan begitu bersungguh-sungguh mengambil berat antara sesama mereka.Kelihatannya,mereka tidak peduli sangat soal keinginan mereka,asal sahaja mereka dapat melihat keperluan sahabat dahulu diutamakan.Cukuplah dapat melihat sahabat gembira,mereka akan tersenyum puas.Mungkin,itulah hakikat keinginan mereka.Sungguh mulia!


Sahabatku,
Mintalah teman yang soleh dalam doamu,
Kerana dia nescaya bisa menguatkan kakimu di jalan Allah.

Sahabatku,

Di sekeliling kita banyak hati-hati yang kosong,

Yang merindukan sentuhan iman dari teman yang soleh.


Sahabatku,

Mulakan dengan menjadikan dirimu penawar,

Menyuburkan hati-hati mereka yang gersang.


Sahabatku,

Banya
kkanlah memberi dari mengharap,
Biarlah diri kita tidak dihargai,
Kerana kelak Allah PASTI MENGHARGAI KITA.



Syukran.

Coretan Seorang Hamba

No comments:

Related Posts with Thumbnails