Assalamualaikum wtrb...dan salam sejahtera di ucapkan kepada seluruh warga Uitm Perlis khususnya siswa dan siswi yang sekarang ini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.Semoga kejayaan dan kecemerlangan mengiringi anda semua.Namun begitu,dalam mengejar dan berusaha untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik jangan kita lupa dan alpa tanggungjawab yang paling utama sebagai seorang muslim iaitu:
1. Kita perlu memastikan solat kita terjaga kerana jika kita melihat suasana sebelum ini mahupun sekarang,ramai kawan-kawan kita yang asyik bertungku-lumus mengulangkaji pelajaran sehingga 2,3 pagi tetapi meninggalkan solat subuh,sedangkan tujuan utama hidup kita adalah menjadi hamba Allah bukanya hamba dunia.Oleh itu saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan supaya tidak menjadikan alasan 'study' untuk meninggalkan solat terutama subuh.Walaupun kita memperolehi keputusan yang cemerlang nanti,jangan anggap Allah SWT meredhai kita kerana yang paling penting adalah keberkatan daripada ilmu tersebut.
2. Pastikan semasa kita mengulangkaji pelajaran jangan ada unsur-unsur maksiat dalam suasana tersebut,contohnya mengulangkaji pelajar secara berpasangan di bilik-bilik kuliah yang sunyi,walaupun pengawal keselamatan dan orang lain tidak tahu tetapi kita kena yakin bahawa malaikat sentiasa bersama kita di mana sahaja kita berada.
3. Mungkin tidak salah jika saya katakan semua siswa/siswi telah mempunyai akaun facebook masing-masing dan saya ingin berpesan supaya gunakan medium ini dengan berhikmah dan bijak,jangan sampaikan kita mengabaikan tanggungjawab utama kita sebagai pelajar di tambah lagi dalam suasana peperiksaan sekarang ini.
4. Pesanan terakhir untuk semua siswa dan siswi Uitm Perlis,manfaatkan setiap detik masa dengan sebaik mungkin dalam suasana seperti ini marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan solat berjemaah di setiap waktu di masjid di samping itu juga laksanakan solat-solat sunat yang lain terutama solat sunat tahajjud,witir dan solat sunat dhuha yang terkandung rahmat dan berkat dari Allah SWT.
Sekian,Selamat menempuh alam peperiksaan dan banyakkan selawat ke atas Nabi semasa berada dalam dewan peperiksaan.
Bob Effendy Zulkifli
Presiden Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM)
Diploma Sains

No comments:
Post a Comment