.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Wednesday, August 25, 2010

Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains



Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:

(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Cara untuk menangkap ayam dan arnab

Mata di tepi sememangnya memberi ruang pandang yang lebih luas. Kuda, misalnya, memiliki sudut pandang sekitar 150 darjah, sehingga untuk melihat tubuhnya kuda mesti menoleh. Akan tetapi, sudut pandang itu lebih lebar dibandingkan milik manusia, yang hanya 120 darjah.

Walapun begitu, mata di tepi kalau tidak ditunjang dengan koordinasi penglihatan yang lengkap, akan sia-sia belaka. Sebabnya, mata bertugas memantau dan mengirim data ke otak.

http://media.vivanews.com/thumbs2/2010/07/30/93677_ayam--pinguin--di-china_300_225.jpg

Jika kedua mata tidak boleh bekerja sama dengan baik, terpaksa otak mengolah data kiriman mata secara terasing. Inilah yang menimpa ayam. Meskipun matanya di tepi, kerana koordinasi penglihatan sedikit sonsang, ayam hanya boleh memanfaatkan satu matanya sekali pandang. Jadi jika ingin menangkap ayam, tangkaplah dari salah satu sisinya.

Pernah mencuba menangkap arnab? Dengan mengendap-endap kita mengikuti gerak-geri arnab. Anehnya dia tahu kalau di ekori dengan pantas arnab akan terus lari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvQpfManKX0wXUTvCBdZO5lDlPWM0S5bHZNneaHJX8-76E9wzqXYeSq0iBKxAdghwF7UTWYEMAb_V4RWU0SyjfTLEhBzx_gg1MMCKE0swSbwdrnnZr7taBPYUQWS-9PuJ5C1kpABmqAxCH/s320/1rabbitdutchC.jpg

Apakah arnab mempunyai radar di punggungnya? Ternyata, berdasarkan penelitian, satu mata arnab memiliki sudut pandang sekitar 180 darjah lebih sedikit daripada kuda. Bemakna dengan kedua matanya ia boleh melihat sekeliling tempat ia berada tanpa berpaling.

Oleh itu, bagaimana harus benrtindak pada radar mata seperti itu? Ternyata mudah saja. Kita harus meniru lalat yang boleh hinggap di hidung arnab tanpa diketahui. Kuncinya mengendap-endap dari depan.

Begitulah, meskipun boleh melihat sekeliling, tapi kerana mata arnab berada di sisi kiri dan kanan kepalanya, arnab tidak boleh melihat hidungnya. Melalui jalur hidung inilah lalat biasanya 'parking' dari pandangan mata si arnab.Maka kita mesti bertindak untuk menangkap arnab melalui arah hidung arnab itu.

selamat mencuba...tapi awas jangan duk kebas arnab orang lain na.

Tuesday, August 24, 2010

Matahari malam...renungkan

Matahari tengah malam atau midnight sun adalah fenomena alam yang terjadi pada bulan-bulan musim panas (summer) di garis lintang utara berdekatan dengan Lingkaran Artik (kutub utara) dimana matahari masih terlihat di tengah malam pada waktu tempatan apabila cuaca cerah.



Pada bulan Mei ramai pelancong dari Asia, Eropah Tengah akan berkunjung ke hujung utara bumi itu untuk menyaksikan fenomena alam tersebut. Salah satu kota tujuan untuk melihat ‘Midnight Sun’ itu adalah Tromso, Bodo, Hammerfest dan Nordkapp.

Tromso adalah kota besar terakhir sebelum memasuki kawasan lingkaran kutub utara. Kota ini terletak Garis 69°40′ Lintang Utara, dan hanya berjarak 350 km dari situ. Pada setiap bulan Mei, matahari akan tenggelam dan langsung terbit di cakerawala kota Tromso.


Negara yang boleh merasakan fenomena ini antara lain: Kanada, AS, Denmark (Greenland), Norwey, Sweden, Finland, Rusia dan Iceland. Seperempat wilayah Finland berada di bahagian utara lingkaran Artik.

Di daerah Svalbard, Norwey, kita tidak akan boleh melihat sunset alias matahari terbit mulai tanggal 19 April sampai 23 Ogos. Bayangkan ketika kita bangun pagi ternyata langit masih gelap.


Fenomena ini disebut polar night, terjadi ketika musim dingin dan matahari tetap berada di bawah horizon (ufuk) sepanjang hari. Bahkan ekstrimnya di beberapa daerah di kutub, matahari akan terus nampak selama 6 bulan.


Durasi midnight sun akan meningkat dari hari ke hari selama titik pusingan matahari pada musim panas di lingkaran kutub kemudian akan mencapai 6 bulan pada kutub.


Di daerah kutub itu sendiri, matahari hanya terbit dan terbenam sekali dalam setahun. Selama 6 bulan ketika matahari berada di atas ufuk, matahari akan terus bergerak di sekitar ufuk, dan mencapai ketinggian tertinggi ketika titik pusingan matahari pada ketika musim panas.



Bagi para pelancong yang mahu melihat midnight sun di Norwey, anda boleh datang ke daerah-daerah di bawah ini:

1. Longyerbyen (Spitzbergen): Apr 20 – Aug 20

2. North Cape (Nordkapp): May 14 - July 30

3. Hammerfest: May 16 - July 27

4. Tromsø/Tromso, Hausberg: May 20 - July 22

5. Narvik, Hausberg: May 25 - July 18

6. Lofoten & Vesterålen: Late May - Mid July

7. Bodø/Bodo: July 4 - July

Saturday, August 21, 2010

Bubur Lambuk 2010

Senyum bentuk yang ada pada badan labah-labah ini

Labah-labah unik ini ditemu di Hawaii. Serangga kecil itu membentuk tanda aneh yang nampak seperti muka yang tersenyum.Ilmuan menilai, binatang yang tidak berbahaya bagi manusia itu, membuat tanda seperti itu untuk membingungkan pemangsa.

Serangga ini sangat terancam di tempat tinggalnya di hutan hujan di kepulauan Hawaii di Lautan Pasifik. Pakar labah-labah Dr Geoff Oxford (62) dari University of York mengatakan penemuan serangga itu memeningkan para saintis.

“Ketika aku membelek daun, pertama kali aku lihat tanda senyum itu. Banyak teori mengapa labah-labah mengembangkan tandanya itu, salah satunya adalah untuk membingungkan pemangsanya,” katanya.

Ia menjelaskan, ketika burung dan pemangsa melihat, maka akan berfikir berulang kali apakah akan memakannya atau tidak. “Memang muka senyum itu tidak akan dapat membodohi burung secara kesemuanya, tapi kemungkinan itu ada,” katanya.

Tanda aneh itu boleh menjadi duta penyelemat serangga lain di Hawaii. Fauna di Hawaii telah terancam binatang dan tumbuhan yang dibawa manusia dari luar pulau itu, selama bertahun-tahun.

Kebanyakan tanaman dan binatang di daratan rendah Hawaii ketika ini bukan spesies asli kepulauan itu.

Terbesar di dunia

Di benua Afrika ditemukan pokok terbesar di dunia, nama pokok ini adalah Baobab. Baobab adalah pokok yang dapat berumur panjang sering disebut Tree of Life kerana pokok ini boleh berumur sampai 800 tahun, kononnya pokok di foto ini sudah berumur 1500 tahun memang masih kalah dengan perkiraan pokok Red Sherman atau General Sherman tree di California yang mencapai 2200 tahun.


pohon_baobab



Baobab dapat menyimpan 300 liter air sekaligus dalam musim hujan, pokok ini dikeramatkan di daerah asalnya kerana mengingatkan penduduk tentang nenek moyangnya.

pohon_baobab_2

Thursday, August 19, 2010

Ibadah RasuluLlah Di Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini, didalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupakan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Saya mencoba untuk mengumpulkan berbagai mavam hadis yang bersangkut paut dengan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak secara menyeluruh.

Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :

1 - Puasa

Diantara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث . رواه البخاري رقم 1906 .

Artinya : Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata : Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda : " Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka ( Raya Idul Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan .
( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).

Berkata Sayyidah `Aisyah :

أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه

Artinya :Aku bersaksi keatas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima` ), kemudian beliau berpuasa
. ( H.R Bukhari no 1931 ).

2 - Bersahur

Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu mengkuatkan tubuh dalam berpuasa.

Rasulullah bersabda :

إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر رواه أبو داود رقم : 2343


Artinya : Dari Amr bin`Ash beliau berkata : Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya perbedaan puasanya kita ( umat islam ) dan ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) adalah makan ketika waktu Suhur
(H.R Abu Daud no 2343 ).

Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :

تسحروا فإن في السحور بركة رواه البخاري رقم : 1923 .

Artinnya : Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan.
( H.R Bukhari no 1923 ).

Adab-adab sahur

a - Bersahur dengan tamar

Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri dari nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :

نعم السحور المؤمن التمر

artinya : Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar
( H.R Abu Daud no :2345 ).

b - Melambatkan masa bersahur

Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.

Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :

تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية رواه البخاري ومسلم

artinya : Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau di tanya , berapakah jarak diantara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.
( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).

3 - Berbuka puasa

Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para shabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya

a - Sunah-sunah dalam berbuka puasa

Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

artinya : Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik bila mempercepat berbuka puasa.
( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).

b - Berdo`a ketika berbuka puasa

Disunnahkan berdo`a ketika berbuka puasadengan do`a yang telah di ajarkan Rasulullah s.a.w.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Artinya : Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdo`a : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezki yang engkau berikan.
( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka

Diantara amalan yang selalu Rasululah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :

من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

artinya : Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.
( H.R Tirmizi no : 807 ).

5 - Mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa

Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendo`akan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah di sebutkan Imam Abu Daud didalam sunannya :

عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة رواه أبو داود

Artinya : Telah berbuka puasa orang -orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendo`akan kamu.
( H.R Abu Daud no : 3854 ).

6 - Shalat Taraweh

Didalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan shalat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan shalat malam sebagaimana sabda beliau :

عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر

artinya : Barangsiapa yang melaksanakan shalat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.
( H.R Bukhari no : 2009 ).

7 - Menjaga Lailatu al-Qadar

Di sunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :

عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

artinya : Hendaklah kamu mencari malam qadar itupada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.
( H.R Bukhari no : 2017 ).

8 - Ber`itikaf

Diantara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان

artinya : Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.
( H.R Bukhari , no : 2025 ).


Rujukan :

1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.

2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.

Monday, August 16, 2010

iFTaR JaMa'ie...


SaLam... Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk berbuka puasa di UiTM Arau, Perlis boleh hubungi nombor yang tertera...

Bob Effendy - 019 4510085



Friday, August 13, 2010

Suasana hari pertama berbuka puasa

Alhamdulillah.. Selamat berbuka puasa kepada semua warga UiTM Perlis, semoga barakah dan rahmat Ramadhan ini sentiasa melingkari diri kita dan banyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W sepanjang mengisi reruang madrasah Ramadhan tahun ini - Presiden Persatuan IMAM

Sunday, August 8, 2010

RaMaDHaN Ya RaMaDHaN...


CeRaMaH IsTiQBaL RaMaDHaN
Al-Fadhil Ustaz Hashim Al-Hafiz

Tempat: Dataran Masjid An-Nur, UiTM Perlis
Tarikh: 9 Ogos 2010 Bersamaan 28 Syaaban 1431

Semua Warga UiTM Dijemput Hadir Bagi Mengimarahkan Majlis

"SeMaRaK CinTa RaMaDHaN"



Saturday, August 7, 2010

Syaaban : Sejarah Pertukaran Qiblat



Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah 144-145

Firman Allah SWT,

Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka ; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144) Dan demi sesungguhnya ! jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya ! kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. (145)

Huraian ayat

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah)

Ada pendapat mengatakan ayat ini turun pada tahun kedua hijrah pada bulan Syaaban. Sebab turun ayat ini sebagaimana Imam Bukhari meriwayatkan daripada Al-Barra’ katanya, ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda bersembahyang menghadap ke arah Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis), sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi-Nabi sebelumnya. Hal ini berterusan selama 16 atau sekitar 17 bulan. Meskipun begitu Nabi saw sangat teringin untuk bersolat mengadap Kaabah. Malahan baginda pernah menggabungkan antara mengadap ke arah Kaabah dan ke arah sakhrah dengan cara baginda saw solat di selatan Kaabah sambil mengadap kearah utara menghala ke arah sakhrah.

Pendapat lain pula mengatakan semasa Nabi saw berada di Mekah baginda dan sahabat menunaikan solat mengadap ke arah Kaabah sebagaimana yang dilakukan oleh moyangnya Nabi Ibrahim a.s. Tetapi apabila baginda saw berhijrah ke Madinah, Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam menunaikan solat mengadap ke arah Baitul Maqdis. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian orang-orang Yahudi agar memeluk Islam. Namun di hati Nabi saw, baginda tetap mahu supaya kiblat di halakan ke arah Kaabah. Oleh itu Nabi saw sentiasa memandang ke langit berdoa kepada Allah SWT agar permohonan baginda di makbulkan. Akhirnya turunlah Jibril dari langit menyampaikan ayat di atas.

Apabila turun ayat ini, bukanlah bermakna Masjid Al-Aqsa itu tidak penting dalam Islam. Malah Rasulullah saw sendiri pernah menyebut tentang kemuliaan Masjid Al-Aqsa,

"Satu solat yang dikerjakan di masjid (Al-Aqsa) itu lebih afdhal daripada mengerjakan 500 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Menjelang turunnya ayat ini Rasulullah saw telah keluar dari Madinah untuk menziarahi Ummu Bashar bin al-Barraa’ bin Ma’roor di perkampungan Bani Salimah. Selepas baginda saw menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan oleh tuan rumah, baginda kemudian mengerjakan solat Zuhur berjemaah di Masjiid Bani Salamah. Ketika Nabi saw sedang berada di rakaat kedua, ketikaa itulah Jibril a.s telah turun membawa wahyu perintah Allah SWT supaya menukar arah Qiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram.

Jibril a.s memegang tangan Nabi saw dan memusing tubuh Rasulullah saw hampir-hampir tepat ke arah belakang iaitu ke arah Kaabah di Makkah dan perlakuan Nabi saw ini diikuti oleh sahabat-sahabat yang berada di belakang baginda. Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka masjid Bani Salamah sangat masyhur dengan nama Masjid Qiblatain yang bererti Majid Dua Kiblat.

Firman Allah SWT seterusnya,

…dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya.

Yakni, di mana sahaja orang-orang beriman berada sama ada di utara, di barat, di timur , di selatan maka hendaklah keseluruhannya menghadapkan kiblat mereka ke arah Masjidil Haram sebagai symbol perpaduan umat Islam. Pengistiharan perubahan kiblat ini sekaligus telah memberi ketenangan kepada umat Islam apatah lagi bila berdepan dengan fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang Yahudi yang mendakwa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah tiruan dari agama mereka.

Berdasarkan ayat ini, para ulama bersependapat bahawa mengadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat, kecuali dalam keadaan takut ketika berada di atas kenderaan. Kiblat ketika berada dalam keadaan takut ialah mengadap ke arah mana sahaja yang aman, manakala kiblat ketika berada di atas kenderaan ialah ke arah mana sahaja kenderaan itu mengadap.

Firman Allah SWT,

Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka ; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144)

Di sini Allah SWT menyatakan, sekiranya orang-orang Yahudi itu merujuk kembali kitab yang diturunkan kepada mereka iaitu Taurat, sudah tentu mereka tidak merasa hairan apabila orang-orang Islam menukar kiblat mereka dari Palestin ke Mekah. Kerana Mekah sudah tidak asing lagi dalam kitab Taurat yang mereka sebut sebagai Paran.

“ The Lord came from Sinai and dawned from Seir and He shone from Paran ”.(Deotranomy 33: 2)

Paran adalah tempat tinggal Siti Hajar dan Ismail sebagaimana yang di sebut dalam Genesis ayat 21,

“ He was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him, from Egypt ”

Di penghujung ayat 144, SWT menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan lupa dengan sikap degil dan engkar orang-orang Yahudi menerima kebenaran. Perbuatan mereka pasti akan menerima balasan.

Firman Allah SWT ayat 145,

Dan demi sesungguhnya ! jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu,

Maksudnya sekiranya orang Yahudi dan Nasrani itu di ajak mengadap ke kiblat Masjidil Haram (yang terletaknya Kaabah) dan mereka juga sudah tahu sebab-sebab peralihan kiblat itu nescaya mereka tetap berdegil tidak mahu berkiblatkan Kaabah.

Firman Allah SWT,

..dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain

Sebagaimana kerasnya ahli-ahli kitab untuk menerima kiblat orang-orang Islam, demikianlah orang-orang Islam, janganlah cenderung walau sedikit pun untuk mengadap kiblat mereka. Seterusnya Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang Yahudi tidak akan mengadap kiblat orang-orang Nasrani yakni mengadap terbitnya matahari, begitu juga orang-orang Nasrani tidak akan mengadap kiblat orang-orang Yahudi yakni mengadap Baitul Maqdis.

Firman Allah SWT,

Demi sesungguhnya ! kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. (145)

Walaupun ayat ini diturunkan kepada baginda tetapi tidaklah ia ditujukan kepada baginda saw, kerana Rasulullah saw adalah maksum dan terpelihara daripada melakukan kezaliman. Cuma mesej ini ditujukan kepada umat baginda sekiranya mereka berpura-pura bersolat mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa dengan tujuan untuk menarik hati orang-orang Yahudi kepada Islam, maka tindakan tersebut akan melayakkan mereka untuk menerima balasan azab di dunia dan di akhirat. Jelasnya, perkara kiblat adalah perkara yang sangat penting dalam Islam, sama sekali tidak boleh dikompromikan. Tegasnya, matlamat tidak menghalalkan cara.

Wallahualam.

Ustaz Hj Hishamuddin Mansor

Thursday, August 5, 2010

Perjalanan ke alam kubur...apa yang ingin kita bawa?

Mayat ini sekadar lukisan dan ilutrasi sahaja..sebab kita tidak tahu apakah nasib sebenar kita di alam sana,kerana yang sudah mati tidak pernah hidup semula,namun Al-QURAN telah menceritakan segalanya..cuma bagi kita sebagai manusia samaada nak beriman atau tidak..persoalan itu pada diri kita,tanya lah Iman kita.


Siswa-siswi menunggu giliran untuk masuk ke "perjalanan ke alam kubur"


Satu babak yang ada dalam siri perjalanan ke alam kubur ini,di mana manusia di lalaikan dengan hiburan..apakah amalan ini yang akan kita bawa ke alam sana?


Video perbicaraan di dalam alam barzak,memang menggerunkan..di saat ini tiada siapa yang menemani kita,kita keseorangan..yang bakal menyelamatkan kita adalah amalan yang kita isi semasa di dunia dulu..wang ringgit yang banyak tidak boleh melindungi kita..apa yang pasti dengan kita gunakan wang itu untuk di sedekahkan semasa hidup di dunia dulu,maka ia akan menjadi amalan yang menerangi kita di dalam alam kubur sana.


Peserta mesti melalui suasana ini yan cukup mencabar..kepada yang tidak berkesempatan untuk menyertai siri kali ini..Insya ALLAH Persatuan IMAM akan melanjutkan ke siri yang akan datang.Sama-sama kita nantikan

Related Posts with Thumbnails