.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Sunday, July 25, 2010

Ustazah Siti Nor Bahyah-Ceramah 'Nur Salam'

Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai penceramah jemputan pada malam ini untuk membawa tajuk yang cukup penting dalam kehidupan kita iaitu 'Nur Salam'.Di pengerusikan oleh Sdr Nik Mohd Kamal pemegang Ijazah SM Matematik Pengurusan.


Siswa juga tidak ketinggalan untuk mendengar ceramah ini walaupun terpaksa duduk di atas lantai

Khemah-khemah terpaksa didirikan di tepi Dewan Baru bagi menampung limpahan siswa-siswi yang hadir pada malam ini


Sudah terang lagi bersuluh...mana-mana tempat pun kaum hawa pasti melebihi kaum adam


Keadaan lampu limpah baik dan 'sound system' yang mantap memberi kepuasan sejati kepada pendengar


Ini lah suasana di dalam Dewan Baru yang cukup ramai dengan kehadiran mahasiswa UiTM Perlis


Program seperti ini perlu di teruskan dan di perbanyakkan lagi, bagi mendidik jiwa-jiwa manusia kearah mencapai taqwa kepada Allah SWT.

No comments:

Related Posts with Thumbnails