.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Monday, September 7, 2009

Ramadhan kali ini..

salam alaik..

buat roh2 yang kerinduan cinta Illahi,

malam jumaat minggu lepas, dah dekat kali ana teraweh di masjid dekat rumah untuk ramadhan kali ini...dah lama ana tak solat d masjid 2...dulu d matrix slalu je solat d masjid matrix.. yer la.. matrix johor amat jauh dari negeri kedah(rumah ana).. jd ana byk bermastautin di johor..hmm...bercakp ttg solat teraweh dan jemaah ni ..kat masjid macam2 pesen ana tgk org solat jemaah...yg paling tak puas hati..saf yg ntah apa2...hmm..ana tgk kebanyakan makmum x berapa menjaga adab2 dlm solat jemaah...saf tak tersusun langsung..main ikut selesa depa aje...suka2 hati tak nak rapat...walau pun dah disuruh merapatkan.hmmm...mula2 tuh..ada org sebelah ana...ana dah rapatkan saf kat sebelah kanan...tapi sbelah kiri ada ruang..tapi ada orang sebelah kiri ana tuh!!!mula2 memang ana tak tegur....rasa cam x de kekuatan(itu la masalah ana ...susah nk tegur org..yer la.. org tua2..hmm), pastu ana tgk orang ni cam tak peduli je orang sbelah die...tambah pulak solat teraweh mmg laju kat masjid tuh..lepas dua rakaat trus je bangun sambung lagi 2 rakaat...tak sempat rasanya nk cakap elok2 atau nak explain kat depa elok2 (walaupun ana x pandai sangat nak explain kat depa)...pastu ada sekali ana rasa tak senang dan tak tenang pulak bile orang sebelah kiri ni jauh sikit dan tak rapat dgn ana....dalam hati berdoa je pada ALLAH agar bagi ana kekuatan untuk tegur manusia2 camnie....jd ana pndg orang sbelah nie...ajak dia rapatkan saf..tp dia langusng tak pandang ana balik...dan trus je solat ..ana cuba bagitau die supaya rapatkan saf tapi cam tak sempat..die dah angkat takbir dan mula solat....jd ana hanya membisik di telinga dia supaya rapatlan saf...akhirnnya sampai ke sudah la ada ruang kosong kat sebelah saf ana ni...oh Tuhan...berikan ana kekuatan..kalo esok pun macam ni..ana harap sangt abah ana dapat tegur depa nih...hmmm

kelmarin pulak..lepas solat teraweh ..ana tak ikut sama solat witir...jadi ana tunggu je kat blakang jemaah orang2 yg solat witir dgn imam nih....lagi terkjeut bila tengok ada sampai 3 saf (wanita) yg tgh solat witir!!! bukannye terkejut apa..setahu ana lepas solat teraweh 8 rakaat tuh ramai yang dah balik...tak sambung sampai 20...dan cuma tinggal 1 saf panjang je...aleh2 bile dah selesai teraweh dan bila time witir tu...ana tgk ada saf...saf yg pertama tuh ok...dari ujung sampai ke hujung lagi satu penuh dan rapat..tapi bila mai saf kedua pulak ana tgk ada dua pecahan...hmmm...pastu bile mai line saf ketiga...lagi lah...masyaALLAH...depa solat jemaah..ikut imam,tapi saf jauh2 jauh...(bayangkan la kalo solat sorang2 dan guna sejadah asing2...tapi duduk sebaris dalam satu garisan horizontal..)ya ALLAH dalam hati ana terpikir camne la leh jadi camnie...macam main2 pulak diorang ni solat...saf pertama penuh,rapat sepanjang saf, saf kedua terpecah kepada dua dan saf ketiga bilagan jemaah kurag dari saf yg kedua , padahal orang di saf ketiga ni boleh ke masuk dlam saf kedua tuh kalo sume orang merapatkan saf dgn sempurna....sedey2 tgk camnie...mmg apa yg ana nampak,depa nak selesa je..

teringat jugak yg hal ni mmg berlaku di PI.. ya allah.. sayu hati ana.. nak solat pun kadang duduk dengan klik masing2..

dulu waktu ana kecik2,abg ana ada cerita baginda rasulullah dulu bl nak suruh jemaah rapatkan saf,baginda keluarkan pedang dan larik kan dlm satu garisan lurus..begitu sekali pentingnya kelurusan saf nie.. mungkin citer ana nie xde bukti sahih tp rapatkan saf itukan penting..

ini antara bukti2 sahih yang ana dpt dr blog abg ana..


Tidak menjaga disiplin berjamaah

Termasuk beberapa sifat solat yang diremehkan ialah tidak menjaga disiplin berjamaah apabila melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah. Antara disiplin yang lazim diremehkan ialah melurus dan merapatkan saf. Melurus dan merapatkan saf merupakan ciri kesempurnaan solat berjamaah manakala merenggangkan saf bererti membuka ruang bagi syaitan masuk di antaranya. Disiplin solat berjamaah yang lain yang perlu diperhatikan ialah mengikuti imam tanpa mendahuluinya atau ketinggalan daripadanya. Ketahuilah bahawa solat berjamaah adalah lambang kesatuan umat Islam. Apabila ahli-ahli jamaah tidak berdisiplin dalam menjaganya, ia memberi gambaran akan betapa lemahnya kesatuan umat. Demikian beberapa sifat solat yang lazimnya diremehkan, di antaranya ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkannya terus. Yang penting, hendaklah setiap individu Muslim yang melaksanakan solat peka bahawa dia sedang bermunajat kepada tuhannya, Allah 'Azza wa Jalla. Maka hendaklah dia memerhatikan adabnya apabila sedang bermunajat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur seorang lelaki tentang solatnya: Wahai fulan, apakah kamu tidak takutkan Allah? Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana kamu solat? Sesungguhnya apabila seseorang kamu melaksanakan solat sesungguhnya dia tidak lain berdiri bermunajat kepada tuhannya. Maka hendaklah dia memerhatikan bagaimana dia bermunajat (kepada-Nya).(12)

teringat ana waktu ke mekah 2 tahun lalu,org2 arab sana sgt menjaga saf.. kalo x rapatkan saf dia trik bdn kita.. ataupun dia panggil sambil tepuk2 tgn mintak kita nie penuhi saf.. sampai takut ana dgn adik ana nk solat sebelah mak2 arab.. semenjak tue maklum lah ana ttg kepentingan merapatkan saf..

buat sahabat2 ku,ramadhan dah hampir ke penghujung..jgn la kita biarkan ia berlalu tanpa ada satu pun perubahan dlm diri kita nie.. mungkin boleh ana bgtahu,andai kita buat perkara baik ibu bapa kita akan terpalit sama pahalanya.. moga kita dpt jadi saham2 syurga ibu bapa kita..

moga sahabat2 dapat ambil iktibar dr cerita ana yg x seberapa niew.. kata nabi,kalau kita nak menerima nasihat.. jgn kisah dr mana ia dtg tp amek kisah la ttg ilmu yg dtg.. akhirul kalam, sabda baginda:sampaikan pesanku walau satu ayat...

salam ramadhan dr zinniera balqis..



ini Masjid Nabawi.. di sini lah bertempatnya
Makam Baginda Rasulullah S.A.W


1 comment:

fikrah muslimah said...

betul2..ana pun setuju jgk.mslh yg teramat sukar nk disel;esaikan. menunjukkn kita tk ada kesatyan hati.yg pling pening bila makmum suka nk rapatkan saf kearah kanan.pelik sejak kecil ana belajar kena rapat arah imam kalau ma'mum lbh dr dua.

Related Posts with Thumbnails