.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Monday, September 14, 2009

Di antara Dua Nikmat

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa kehadirannya lantaran terlalu leka dengan kehidupan dunia ini.


Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.


Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan Hakim.


Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.


Contoh yang paling baik adalah ketika universiti kita di serang wabak influenza sehinggakan berduyun-duyun pelajar pergi ke uk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, khuatir dijangkiti virus Swine. bahkan sehingga satu2 masa, sebuah bas yang sarat dengan pelajar uitm pergi mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Lantas terfikir di fikiran apakah mereka mengambil iktibar terhadap nikmat kesihatan yang ditarik oleh Allah dalam keadaan yang langsung kita tidak dpt menjangkakannya. Tapi jika dilihat senario yang masih berlaku di suasana UiTM seolah2 tidak nampak sebarang perubahan yang berlaku, budaya ber'couple' masih berleluasa di sana sini, ramai yang tidak menghiraukan solat tarawikh dengan keluar di waktu malam semata2 hanya untuk makan di kedai luar. sekurang2nya hormatilah bulan Ramadahan al-Mubarak ini, yg hanya dtg sekali dlm setahun dan kita masih lagi xdpt menjangkakan berapa lama lagi usia kita di pentas lakonan dunia ini. Ya Allah, engkau berikanlah hidayah kepada sahabat2 ku yg masih lg leka di buai mimpi indah dunia, moga mereka tidak terpesong dari jalan Mu Ya allah.


Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)


Jika kita meneliti kehidupan seharian sudah pasti kita juga tidak terlepas dari melupakan nikmat kelapangan. Manakan tidak, hidup hanya mahukan hiburan dan kerehatan semata2. assignment ditangguhkan sehingga due date hampir, maka kerja yang dibuat pastilah cincai dan yang paling teruk lagi amalan copy n paste (plagarisme) pasti berleluasa. Bukankah tanggungjawab kita sebaik sahaja menjejakkan kaki ke university adalah menjadi seorang plajar. Plajar maknaY mempelajari sesuatu ilmu, berjaya menguasai ilmu n menjadi org yang terpelajar. Jika malas hendak belajar maka apakah motif kita datang ke sini?


Kita sebenarY sgt beruntung dapat masuk kedlm uitm berbanding kwn2 kita di university lain. Bukan sahaja yurannya murah, tetapi juga dikelilingi oleh kaum bumiputera lantas meletakkan kita di suasana yang selamat dan selesa berbanding rakan2 kita yg lain yg terpaksa berhempas pulas bersaing dgn kaum lain. Tetapi suasana inilah juga yg menyebabkan kebanyakan kita leka dan terus lena dibuai mimpi yang sementara ini. Maka tunggulah tiba waktu nya apabila kita melangkah ke alam pekerjaan nanti. Tidak ada paksaan untuk belajar di dlm university, maka mata yang terlelap itu terus lena di ulit mimpi indah. Yang berjaga terus melihat kehadapan tanpa menoleh keblakang. Suatu hari kelak pasti adanya suara2 keluhan dan kepuasan.

Fikirlah yg mana satu kita mahukan. KELUHAN atau KEPUASAN. Jawapnnya sudah ada di kepala masing2....


1 comment:

Unknown said...

What are the best casinos to play in 2021?
Which casinos offer casinosites.one slots? — Casino Sites. Best casino sites are those that allow herzamanindir.com/ players to try a game from anywhere. The most 바카라 사이트 common gri-go.com online jancasino.com slots

Related Posts with Thumbnails