.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Saturday, August 8, 2009

Sandiwara dunia



1) Jangan terpedaya oleh dunia, kerana dunia ini bohong dan sandiwara, yang daki dunia, harta bayang-bayang wang akan hilang, sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara, jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat kelak;- (Hukamak).

2) Kehidupan manusia di dunia ini umpama matahari;
a. Matahari terbit tidak ubahnya seperti bayi lahir, yang sentiasa minta diasuh.
b. Matahari naik, tidak ubahnya seperti masa kanak-kanak yang perlukan pendidikan.
c. Tengahari tidak ubahnya seperti masa menjadi pemuda, hendaklah kuat belajar.
d.Matahari mulai turun, sama tidak ubahnya dengan masa dewasa, sihatkan ekonomi, kuatkan iman dan ibadah. e. Matahari hampir terbenam, sama tidak ubahnya dengan masa tua menunggu mati;- (Hukamak).

3) Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa melarat kepada akhiratnya. Dan barangsiapa yang mencintai akhirat, nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal, atas apa yang fana';- (Hadis).

4) Kecintaan kepada dunia itu adalah merupakan pokok dari setiap kesalahan;- (Hadis).

5) Dunia itu mencari dan dicari. Maka yang mencari akhirat, ia akan dicari oleh dunia. Sehingga sempurnalah rezekinya dalam dunia itu. Dan yang mencari dunia, ia akan dicari oleh akhirat. Sehingga akan datanglah mati kepadanya;- (Nabi Isa a.s).

6) Dunia itu kampung bagi orang yang tidak punyai kampung dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta. Dan untuk dunia, dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal. Kepada dunia, bermusuh-musuhan orang yang tidak mempunyai ilmu. Kepada dunia, saling dengki-mendengki orang yang tiada memahami agama. Dan untuk dunia, berusaha orang yang tiada mempunyai keyakinan;- (Hadis).

7) Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terbesar dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan empat 4 perkara dalam hatinya; kesusahan yang tiada putus-putusnya untuk selama-lamanya, kesibukan yang tidak akan selesai selama-lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan, dan angan-angan yang berpanjangan;- (Hadis).

No comments:

Related Posts with Thumbnails