.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Saturday, August 8, 2009

c.i.n.t.a pada siapa?


Cinta pada dunia, dunia akan pergi,

Cinta pada manusia, manusia akan mati,

Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,

cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila

Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta

kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas

di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.


Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai

Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.

Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan

cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang

kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?

Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar

mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta

abadi kepadaNya?


Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita

bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk

membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang

dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.


Tanda-tanda cinta pada Allah:

1. Cinta pada kematian

2. Bermunajat kepada Allah

3. Sentiasa berzikir kepada Allah

4. Berjuang dijalan Allah

5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat

6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu

7. Menundukkan nafsu

8. Menjalin kasih sayang sesama makluk

9. Takut berpaling daripada Allah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails