.: PENGENALAN:.
Saturday, August 8, 2009
Sandiwara dunia
1) Jangan terpedaya oleh dunia, kerana dunia ini bohong dan sandiwara, yang daki dunia, harta bayang-bayang wang akan hilang, sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara, jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat kelak;- (Hukamak).
2) Kehidupan manusia di dunia ini umpama matahari;
a. Matahari terbit tidak ubahnya seperti bayi lahir, yang sentiasa minta diasuh.
b. Matahari naik, tidak ubahnya seperti masa kanak-kanak yang perlukan pendidikan.
c. Tengahari tidak ubahnya seperti masa menjadi pemuda, hendaklah kuat belajar.
d.Matahari mulai turun, sama tidak ubahnya dengan masa dewasa, sihatkan ekonomi, kuatkan iman dan ibadah. e. Matahari hampir terbenam, sama tidak ubahnya dengan masa tua menunggu mati;- (Hukamak).
3) Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa melarat kepada akhiratnya. Dan barangsiapa yang mencintai akhirat, nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal, atas apa yang fana';- (Hadis).
4) Kecintaan kepada dunia itu adalah merupakan pokok dari setiap kesalahan;- (Hadis).
5) Dunia itu mencari dan dicari. Maka yang mencari akhirat, ia akan dicari oleh dunia. Sehingga sempurnalah rezekinya dalam dunia itu. Dan yang mencari dunia, ia akan dicari oleh akhirat. Sehingga akan datanglah mati kepadanya;- (Nabi Isa a.s).
6) Dunia itu kampung bagi orang yang tidak punyai kampung dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta. Dan untuk dunia, dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal. Kepada dunia, bermusuh-musuhan orang yang tidak mempunyai ilmu. Kepada dunia, saling dengki-mendengki orang yang tiada memahami agama. Dan untuk dunia, berusaha orang yang tiada mempunyai keyakinan;- (Hadis).
7) Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terbesar dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan empat 4 perkara dalam hatinya; kesusahan yang tiada putus-putusnya untuk selama-lamanya, kesibukan yang tidak akan selesai selama-lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan, dan angan-angan yang berpanjangan;- (Hadis).
c.i.n.t.a pada siapa?
Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.
Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila
Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta
kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas
di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.
Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai
Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.
Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan
cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang
kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?
Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar
mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta
abadi kepadaNya?
Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita
bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk
membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang
dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.
Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.
sinopsis
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
HATIKU MILIKMU
Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui. Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara
dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu
memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Ruparupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.
‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan. Apakah dilema cinta yang dihadapi?
Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?
Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid.
Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,
‘’Hatiku pula milik siapa?’’.