.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Thursday, March 19, 2009

Mini Ekspo DPIM

Pada 5 dan 6 Mac Mini Ekspo DPIM (Diploma Plantation In Management) telah berlangsung dengan jayanya di anjung siswa.
Pelbagai gerai jualan telah dibuka oleh kakitangan kampus dan persatuan dalaman serta orang luar.Persatuan IMAM juga tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan basah iaitu menjual kebab dan minuman oleh ajk-ajk muslimin. Sambutan menggalakkan diterima daripada warga kampus.
Pada hari khamis malam jumaat, 5 Mac. Persatuan IMAM telah mengadakan ceramah bertempat di anjung siswa dari pukul 8.45 sehingga 9.45 malam. Ceramah bertajuk ‘Cemerlang atau Temberang’ disampaikan oleh Nur’azam bahari dengan begitu bertenaga dan padat dengan pengisian. Sambutan baik diterima apabila ada penonton yang sanggup berdiri disekitar kawasan tersebut untuk mendengar ceramah tersebut. Seterus selepas selesai sesi ceramah kertas selawat disebarkan dan selawat sempena Maulidur Rasul berlangsung. Persembahan nasyid yang diketuai oleh saudara Kamal telah memeriahkan lagi malam ekspo DPIM.

Sepanjang ekspo berjalan, gerai basah Persatuan IMAM tetap mendapat sambutan dan mendapat keuntungan daripada hasil jualan. Semoga Persatuan IMAM terus menjadi medan dakwah yang berinovasi selaras dengan kehidupan warga kampus UiTM Arau,Perlis.

1 comment:

Faiez said...

Salam pejuangan...teruskan usaha mengedit blog..biar teknplogi seiring dengan jalan dakwah.. Menghidupkan suasana IT,perrrghhh semat giler...huhuhu

Related Posts with Thumbnails