Assalamualaikum sahabat2 yg senantiasa berada dlm rahmat Allah SWT…
Pergi tak Karnival Ilmu yg berlangsung selama 3 hari di UiTM Perlis baru2 nie???? Tak pegi,tak pe ana boleh ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku sepanjang program tersebut.
TANGGAL 27.02.2009 BERSAMAAN 02 R’AWAL 1430H
Untuk pengetahuan semua, MPP selaku penganjur telah memberi mandat kepada IMAM untuk menguruskan malam pertama program tersebut. Jadi, IMAM telah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas tersebut supaya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Untuk itu IMAM telah memilih untuk mempersembahkan tayangan Palestin. Erm, yang bertajuk ‘Rintihan Umat Islam’…..
Ana rasa kagum dengan warga UiTM khususnya, sebab apa tau … tayangan tersebut sepatutnya bermula selepas isyak tapi, manusia hanya merancang Allah yang menentukan, hujan turun dengan lebatnya, petir sambar-menyambar… gerun… takoot... Eee… mcm2 lah.. tapi atas rasa prihatin warga UiTM terhadap rakyat Palestin, warga UiTM datang jugak utk tengok… Tp datang lepas hujan berhenti lah=)
Habis je tayangan, IMAM selaku ‘pengetua’ tuk mlm tu telah memberi santapan rohani dengan irama lagu yang menenangkan.. ala, nasyid la…susah sgt..hehe… antara jentera penggerak untuk nasyid tersebut adalah… Firdaus, Zahid(bukan Zahid AF tau), Firdaus Affandi, Akhmal Hakim, Hafizuddin, Bob(pun bukan Bob AF), Fahmie, Anuar, dan yang last sekali Amir Kamal…. Erm, rasanya dieorang boleh apply Akademi Nasyid la... ada bakat=)
Renungan bersama __ MPP percaya sepenuhnya pd IMAM tuk uruskan mlm tersebut.. bukan nak riak atau bangga diri cuma nak munasabah diri… org lain tak kan percaya pd kita kalau kita ni tak bagus.. jadi disini, IMAM(ahli2nya) telah melakukan tugas dgn bersungguh2 hinggakan org lain(MPP) boleh percaya dan meletakkan tanggungjawab keatas IMAM tu sendiri… Alhamdulillah, semuanya atas usaha,taqwa,mulia… eh,tu kan slogan UiTM… boleh je.. dan semestinya semua kerja mesti lah ikhlas.. supaya diredhai Allah SWT… IsyaAllah =)
TANGGAL 28.02.2009 BERSAMAAN 03 R’AWAL 1430H
Perjuangan blum selesai lagi… (ceh, mcm nak perang plak..) hehe,, IMAM telah menyediakan 3 ‘booth’.. yg 1 ‘booth’ pameran yg menakjubkan.. yg ke-2 ‘booth’ barangan ilmiah… dan yg ke-3 adalah…ermmm.. yg ni yg paling best sekali… ‘Booth’ KEBAB!!!!!… cerita pasal KEBAB dulu lah yea!!!! Hari pertama karnival lagi jualan kebab dah bermula… berpusu-pusu org dtg... berduyun-duyun warga UiTM tiba… menyerbu ‘booth’ kebab IMAM… dan berkotak-kotak juga roti kebab habis=)… wah, sedapnya!!!!... ada yg kata sehingga menjilat jari(mcm KFC katanya…) walau apa pun kata mereka, semua itu adalah dgn izin Allah…
Renungan bersama__ penah perhatikan tak mak/ibu/mama (apa jua panggilan terhadap mereka) kita memasak????? Mereka memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas terhadap anak2 mereka… cuba memberikan yg terbaik, yakni makanan yg sihat, bersih dan yg paling penting HALAL… bukan nak riak atau bangga diri cuma nak munasabahkan diri… org lain tak kan dtg dan dtg dan dtg lagi tuk membeli kebab kalau kita buat kebab tu sambil lewa dan tak jg kebersihan… disini, IMAM menggunakan konsep yg mak/ibu/mama kita gunakan semasa memasak… (renung2kanlah) Alhamdulillah, semuanya dgn izin Allah juga…
Ok…sekarang mengenai ‘booth’ barangan ilmiah… IMAM menyediakan ‘booth’ barangan ilmiah seperti buku, t-shirt labuh, tafsir al-quran, novel, stiker (bukan stiker elektrik tau), CD zikir dan mcm2 ada=)…
Renungan bersama__ kalau kita sayang seseorang mesti kita tak nak dia susah hati, tak senang duduk, erm… senang kata hati tak tenang la mcm kan… jadi, disebabkan IMAM sayangkan sahabat2nya maka IMAM mengambil kesempatan tuk jual brg2 ilmiah yg mcm tu… supaya nanti tak lagi susah hati… =)
‘Booth’ yg menjadi kebanggaan semua adalah ‘booth’ pameran… sat lagi ana ceritakan apsal lak jadi ‘booth’ kebanggaan????? Booth ni menyediakan pameran yg menakjubkan, sebabnya… antara barang yg dipamerkan adalah barang2 yg menunjukkan betapa besar dan agungnya kekuasaan Allah SWT… sebagai contoh, cincin permata yg tersergam indah mengukir nama Allah(dlm tulisan jawi… alif lam lam ha)… ada meteo, lo’-lo’, dan yg paling menarik adalah Saudara Afnan dan Saudara Mukhlis menulis tulisan khat… pd sesiapa yg nak tempah boleh la… tp ikut kelapangan saudara-saudara kita ni yea…
Renungan bersama__ sama2 la kita berkongsi sesuatu dgn sahabat2 kita yg lain…
TANGGAL 01.03.2009 BERSAMAAN 04 R’AWAL 1430H
Hari berganti hari, rupa2nya dah hari ke-3 karnival… Nampak gayanya kena la tutup ketiga-tiga ‘booth’… paling sedih booth kebab la…
tak pe, kat pasar mlm kan ada=)… kan tadi ada cerita apsal booth kebanggaan tue adalah booth pameran… hehe… sebenaqnya la kan… booth pameran IMAM telah memenangi ‘BOOTH PENGISIAN TERBAIK’… wah, tahniah pd semua yg terlibat dlm menjayakan booth ini… ini semua adalah kerana kerjasama di antara ahli2 IMAM… Apa yg penting??? Kerjasama… Apa yg penting??? Kerjasama… hehe… pd sebelah ptg, booth pameran ditutup… tp, booth kebab masih berduyun tiba warga UiTM dtg tuk beli kebab… sehingga la malam… begitu juga booth barangan ilmiah… =)
Renungan bersama__ agak2nya la kan, mcm mana yea kalau kita nak buat sesuatu supaya Berjaya tapi tak ada kerjasama antara ahli2 persatuan??? Fikir2kan… selamat beramal(pinjam kata2 dr.Izi)
1 comment:
Kerjasama… Apa yg penting??? Kerjasama…????
azam ckp.... Apa yg penting??? Bertaqwa... Kikikiiiiii
Post a Comment