.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Sunday, January 25, 2009

Kata2 Hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR R.A berkata:

Orang yg bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu 4 sifat yg membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau

2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim, atau

3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula, atau

4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yg tidak berguna.


SAIDINA UMAR AL KHATTAB R.A berkata:

1. Orang yg banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2. Orang yg suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3. Orang yg mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4. Barangsiapa yg menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A berkata:

Antara tanda-tanda orang yg bijaksana ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci.

2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.

3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).

4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.

5. Mengutamakan kehidupan akhirat dari kehidupan dunia

SAIDINA ALI KARRAMAHUWAJHAH berkata:

1. Tiada solat yg sempurna tanpa jiwa yg khusyu’.

2. Tiada puasa yg sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan yg sia-sia.

3. Tiada kebaikan bagi pembaca Al Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

4. Tiada kebaikan bagi orang yg berilmu tanpa memiliki sifat wara’.

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6. Nikmat yg paling baik ialah nikmat yg kekal dimiliki.

7. Doa yg paling sempurna ialah doa yg dilandasi keikhlasan.

8. Barangsiapa yg banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yg banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yg hilang harga dirinya ,bererti dia tidak wara’,sedang orang yg tidak wara’ itu bererti hatinya mati.


Monday, January 19, 2009

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Sukaneka IMAM

Aktiviti ini dijalankan pd hari ahad,18/1/09 bersamaan 21 Muharram 1430H merangkap hari jadi arif yg ke-21(seblah bj kuning).




Beberapa permainan yang menarik telah dijalankan,antaranya adlah futsal, tuju selipar, tuju orang, belon air & lastly sambutan hari jd befday boy (baling belon air+tepung). :puteh_6:





Sukaneka berjalan dengan lancar walaupun cuaca pada hari tersebut agak panas.Apa yang pasti tidak ada sesiapa yang tercedera dan terkorban ketika aktiviti tersebut.:sigh: Muslimat yang berada di hujung padang turut bermain dengan aktiviti mereka yg unik & tsendiri.

Sukaneka IMAM bkan shj btujuan untuk menyihatkan badan, malahan ikatan ukhuwwah di antara ahli2 IMAM turut mekar bersemai di sudut hati pemuda pemudi Islam.

Ativiti tersebut berakhir dengan sedikit jamuan makan dan ucapan daripada ketua BAK (Biro Amal & Kemanusiaan) dan Presiden IMAM.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini mmpu menjana mahasiswa/siswi yang aktif dan turut sama berjuang menjalankan kerja2 dakwah Islamiah di bumi UiTM Arau.

Indahnya suasana malam berbulan purnama,
Cahayanya menerangi malam yang gelita,
Indahnya ikatan ukhuwwah yang terbina,
Moga Islam dapat ditegakkan bersama.

Sunday, January 18, 2009

PALESTIN............KAMI BERSAMAMU

Airmata......
Derita........
Menyimbah segenap tanahmu
Darah merah menyala
Menutup kehijauan tanahmu
Dek kerana kerakusan zionis
membunuh mereka yang tak berdosa

Disisimu sengsara, disisimu derita
Anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa
Wanita yang tidak berupaya menerima tempiasnya
Warga tua yang tidak berdaya menerima padahnya
Semuanya kerana zionis yang berhati durjana
Meragut bahagia, merobek gembira
Meninggalkan derita, membiarkan sengsara.

Palestin.............kami bersamamu
Doa kami terus dihulur
Agar kau masih terus tegar berdiri
Memperjuangkan Islam yang suci
Meskipun nyawamu menjadi taruhan
Kerana pasti ada ganjaran
Disebalik dukamu, disebalik lukamu
Kerana janji Allah yang pasti.

SEMOGA BERJAYA....


Suasana di Alam Neraka

  • Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk. Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya."
  • Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah dilakukannya. Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca ayat ini: “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” Kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan ini begini dan begini...”
  • Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap hamba-Nya Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda: “Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya: “Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).” Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65
    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan
    mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”
  • Neraka jahanam yang hitam gelap: Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda: “Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.
  • Apa yang berlaku di lembah jahanam: Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mananeraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”
  • Bagaimana dalamnya dasar jahanam: Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata: “Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”
  • Barang Yang ditempa oleh ahli neraka: Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda: “Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”
  • Buruknya rupa ahli neraka: Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata: “Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.” Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.
  • Besarnya ahli neraka: Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:
    “Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.
  • Tangisan ahli neraka: Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w: “Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis
    dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahuperahu maka akan hanyut.

HAMBA

Hadis 40

عن أبي هریرة t عن النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Hadis 40

عن أب نجيح العرباض بن ساریة t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها
القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا
بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:
حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.

Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwakepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.

Resipi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya:


  • 250 gm daya usaha
  • 100gm kesabaran
  • 100 gm keimanan
  • 190 gm keinsafan
  • 150 gm pengorbanan
  • 150 gm campuran akhlak mulia(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
  • 8 sudu teh rasa tanggungjawab
  • 200 gm senyuman secukup rasa
Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaulkan hingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyuman yang manis kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Selamat mencuba!

Kaedah belajar yang berkesan

Sebagai seorang mahasisiwa merangkap pelajar universiti, adalah penting bagi kita untuk mengetahui kaedah belajar yang berkesan. Tidak dinafikan bahawa unsur-unsur spiritual banyak mempengaruhi kita, namun mengharapkan bantuan Ilahi tanpa usaha adalah satu perkara yang sia-sia.:mStudy: Kita semua sudah sedia maklum bahawa alam universiti merupakan medium terakhir kita sebagai pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Hanya inidividu yang lulus dengan cemerlang sahaja mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Begitu juga dengan lepasan diploma/ijazah, hanya mereka yang layak sahaja yang berupaya menyambung ke peringkat pengajian yang lebih tinggi sesuai dengan keputusan CGPA yang diprolehi. Tambahan pula dengan isu kegawatan ekonomi dunia yang semakin meruncing di mana hampir 500 ribu pekerja telah diberhentikan daripada sektor-sektor awam dan swasta.:snow01:

Antara kaedah-kaedah yang boleh kita amalkan adalah:
  • berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran pensyarah di dalam kelas
  • sentiasa bersoal jawab dengan pensyarah dalam hal-hal pelajaran
  • membaca setiap nota yang diberikan
  • membuat latihan2 yang diberikan+mencari latihan2 tambahan
  • faham apa yang dibaca, bukannya menghafal apa yang tak faham
  • membuat nota ringkas
  • mengadakan study group supaya sesi perbincangan lebih menarik
  • berfikir secara kreatif dan kritis

Tips Hilangkan Kemarahan

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : :anoto:

  • Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  • Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
  • Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minasSyaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah.
  • Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  • Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
  • Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
    duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah kemarahan akan
    mulai reda.
Mengapa kita perlu rasa marah? :puteh_10:Cuba kita bayangkan kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang :pandaGeli_07:. Cubalah amalkan tips-tips yang diberikan, biar sedikit asalkan istiqamah.
Selamat mencuba!





Saturday, January 17, 2009

Genius! Kelebihan atau Kelemahan?

Negara kita dahulu dikejutkan dengan seorang kanak2 genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Nama dan gambar Mohd. Shukri Hadafi mula menguasai dada akhbar2 tempatan ketika tahun 60-an. Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/1977)

Namun begitu Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa, seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979). Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita pada akhir 90-an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah. Mastika pernah mewawancara beliau yang ketika itu menjadi penebar roti canai. Segala kisah hidup beliau dibongkarkan dari beliau kecil hinggalah dewasa. Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?

ADI PUTRA

Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali bermain di kotak fikiran kita apabila seorang kanak-kanak bernama Adi Putra Abdul Ghani muncul menghiasi dada akhbar dengan kelebihan luar biasanya di dalam bidang Matematik. Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau. Tetapi apa yang pasti pelbagai masalah timbul dalam usaha untuk mencari sekolah yang sesuai dengan tahap kepandaian beliau.Sama-samalah kita berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi ’sumpah’ ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.

Chan Yao-ban

Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda di Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz. Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan’ yang bakal memanfaatkan kelebihannya.
Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri’ dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?

SUFIAH YUSOF

Persoalan ini menjadi semakin serius apabila kita digemparkan dengan seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof. Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.
Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Kemudiannya, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tuisyen accelerated learning kendaliannya.
Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!
Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda’s College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa’.
Apakah semua ini?

JOHN NASH

Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem A Beautiful Mind.

Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.Katanya, "More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women".
Justeru, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Di alam persekolahan umpamanya, ketika saya berada di sekolah menengah, saya mencemuh beberapa remaja bermotosikal yang membuat bising di hadapan sekolah. Tetapi kawan saya yang mengenali remaja tersebut mengatakan remaja itu adalah bekas pelajar sekolah dan merupakan antara pelajar yang cemerlang dan pandai. Tetapi pada akhirnya remaja tersebut terjebak dengan masalah sosial dan tidak lagi meneruskan persekolahan.

Seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

PENGAJARAN
Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita. Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang yercatat dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?
Sejarah Islam merakamkan ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Tokoh-tokoh terkenal sepertii al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.
Apakah rahsia mereka?
Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.
Hebatkah menjadi seorang yang genius? Jika ditanya kepada rakan-rakan pasti jawapan mereka adalah 'ya'. Tetapi mereka tidak tahu kesengsaraan dan kepahitan yang dialami oleh mereka yang bergelar genius.

BUAT PENDAKWAH

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus. Banyak komen-komen mudah daripada ramai pihak yang secara mudahnya menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Begitu juga jikalau topik ini dibicarakan dengan rakan-rakan kita. Saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan tekanan. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi. Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan dengan tekanan lazimnya mengaitkan pula dengan obsesi seseorang kepada agama!
Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.
Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama’ atau ‘hidup tidak mengikut sunnah’.
Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

Thursday, January 15, 2009

TAKTIK MUSUH ISLAM

Wahai sahabat-sahabatku yang di kasihi,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam
mengunakan taktik ini.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan
kehidupan manusia.

Monday, January 12, 2009

Antara 2 Kasih

Assalamualaikum wbt.

t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Sahabat2 sekalian yang dikasihi oleh Allah swt, cuba bayangkan dan renungkan dunia kita pada hari ini. Terlalu banyak kerosakan sana sini di atas muka bumi, umat Islam bermusuhan sesama sendiri dan tidak menghiraukan nasib saudara seagama lebih2 lagi saudara kita di bumi Palestin yang saban hari menderita di kampung halaman mereka angkara tentera Zionis yang kejam. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar menjadi hamba Allah yang bersaudara, yang mempunyai sifat kasih sayang walaupun berlainan etnik,kaum mahupun warna kulit. Bak kata orang cubit paha kanan, sakit paha kiri, pukul tangan kanan, sakitnya sampai ke hati.

Namun realiti umat Islam sekarang yang tidak mempedulikan nasib saudara kita di Palestin menggambarkan seolah-olah peperangan di Palestin hanyalah lakonan semata-mata,tidak ada kaitan yang hidup ataupun yang mati. Adakah mereka tidak tahu ataupun buat2 tidak tahu? Bagi yang tahu cukupkah rasanya dengan melahirkan rasa simpati yang sementara? "Isy2, kesiannya depa kat Palestin tu, ada ke patut zionis buat mcm tu kat depa. tak patut,tak patut..." Cukupkah dengan doa-doa yang dihantar melalui sms? Lalu diforwardkan kepada orang lain dan merasakan tanggungjwab kita untuk membantu rakyat Palestin sudah terlepas. Sedarlah wahai sahabat2ku sekalian, banyak lagi perkara yang belum kita laksanakan kepada saudara kita di Palestin. Cubalah kita bayangkan negara kita dilanda musibah seperti di Palestin(harap dijauhkan),cuba kita selami perasaan rakyat Palestin.Pastinya kita tahu betapa peritnya hati dan jasad kita menahan kerakusan kuasa membunuh tentera yahudi dan zionis. Mengapa hati kita terasa susah untuk menjemput perasaan simpati? Mengapa tidak setitik pun air mata kita jatuh meratapi nasib rakyat Palestin? Mengapa kita tidak mampu berbuat apa-apa? Mengapa? Why?Why and Whhhy? Jawapannya ada pada diri kita sendiri,letaknya nun jauh di sudut hati, tersorok disebalik kegelapan hati yang jauh dari Ilahi. Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita berubah wahai sahabat2 yang budiman.

Marilah kita bersama-sama bangkit menentang Israel dan sekutunya sebelum mereka bangkit menentang dan memusnahkan tanah air kita sebagaimana yang berlaku di Palestin. Perkara ini tidak mustahil sahabat2 sekalian, tidak mustahil untuk berlaku di sini. Umpama orang jakun yang mengatakan mustahil untuk bercakap dengan orang di tempat yang jauh menggunakan kotak hitam(handphone). Di sini saya akan senaraikan apa yang kita boleh lakukan untuk meringankan bebanan rakyat Palestin. Bersama-samalah kita berusaha bergantung kepada kemampuan masing-masing.
  • lakukan solat hajat
  • berdoalah kepada Allah SWT menyelamatkan bumi Palestin sekurang2nya selepas sembahyang 5 waktu.(selebih-lebihnya selepas solat-solat sunat)
  • boikot barang2 Amerika(ni yang penting)--ROKOK, COCA COLA, Huggies, River Island, MCDONALD,KFC, Disney,Clinique,Donna Karan, STARBUCKS,Gap,Garnier, Perrier, KOTEX, Sanex, Jomalone, lancome,Libbys,Tchibo,Loreal,Kleenex,Maybelline,NESTLE ,Vittel ,Revlon Dll.
  • Infaqkan bantuan kemanusiaan Palestine: 557157802444(Maybank) ataupun 14-023-01-003429-2 (Bank Islam) ataupun mana2 acc bank yang disalurkan ke aman Palestin.
  • lastly, tolong sedarkan sahabat2 kita yang masih lena dibuai mimpi indah di siang hari(daydream or whatever)
Oleh itu, bacalah dan telitilah maksud yang tersurat mahupun yang tersirat , tapi yang pasti isinya sudah amat jelas sekali untuk difahami oleh orang-orang yang berada di hadapan skrin komputer ini(kamu la)!

Wassalam.

Selamat Berjuang!
Related Posts with Thumbnails