Assalamualaikum wrbt,pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi syukur kita kehadrat Allah SWT,kerana masih mengekalkan nikmat Iman dan Islam,tanpa dua nikmat ini maka tiada guna segala kemewahan dan kekayaan.Begitu juga marilah kita senantiasa berselawat ke atas Nabi kita dengan sebanyak-banyaknya supaya menjadi bukti cinta dan sayang kita pada Nabi SAW.
Masa begitu pantas berlalu,rasanya baru kelmarin menjejakkan kaki ke UiTM Perlis ini untuk semester yang baru,melihat indahnya suasana UiTM Perlis,Masjid An-Nur yang dulunya gersang dari kunjungan qariah, kini semakin ramai qariah solat pada tiap-tiap waktu.Kebiasaanya qariah Masjid An-Nur terdiri daripada pelajar,staf dan juga pensyarah.Ini merupakan pekembangan baik kepada Islam itu sendiri.Islam bukan sahaja perlu tahu dari sudut ilmu semata-mata,tetapi yang paling penting pengamalan dari ilmu tersebut yang menunjukkan perhambaan kita adalah betul-betul kepada Allah SWT.
Apabila semua warga kampus menunaikan solat berjemaah di masjid,maka terjalinlah ikatan ukhuwah dan persatuan di antara semua warga kampus dan seterusnya mewujudkan suasana sejahtera serta harmoni di dalam kampus.Ini lah Islam yang cukup indah dan bahagia,jika betul-betul di amalkan mengikut contoh daripada Nabi Muhammad SAW.Apa yang pasti suatu hari nanti suasana Islam akan muncul,maka sudah tentu rahmat dan barakah dari Allah SWT turun dengan mencurah-curah.
Sebelum saya menutup bicara pagi ini,saya ingin menyampaikan sedikit pesanan dan nasihat kepada seluruh warga kampus terutamanya mahasiswa/si UiTM Perlis supaya menjaga akhlak dan sahsiah diri dalam memulakan cuti separuh semester ini dan juga Tahun Baru Cina.Manfaatkan masa cuti ini dengan berbakti sepenuhnya kepada kedua ibu bapa dan keluarga,sementara mereka masih ada lagi di dunia ini.Akhirnya marilah sama-sama memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan supaya Iman kita bertambah subuh dan segar serta gunakan kepakaran akademik yang ada dalam menyantuni masyarakat kampung di tempat kita masing-masing supaya suatu hari nanti masyarakat negara kita menjadi masyarakat berilmu dan maju.
PRESIDEN IKATAN MAHASISWA MADANI (IMAM),
UiTM Perlis,
Bob Effendy Zulkipli (Diploma Sains)
No comments:
Post a Comment