.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Tuesday, February 2, 2010

Berkasih Sayang Sesama Makhluk


Islam mengajar umatnya supaya saling berkasih sayang sesama makhluk, samada makhluk itu manusia mahupun haiwan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Janganlah saling menghasut, janganlah saling mengicuh, janganlah saling membenci, janganlah saling membelakangi (berseteru), janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Muslim yang satu adalah saudara muslim yang lain, ia tidak boleh menzaliminya juga tidak boleh merendahkannya dan juga tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini -beliau sambil berisyarat pada dadanya 3 kali-, cukuplah seseorang (dikatakan) berbuat jahat jika ia merendahkan saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain haram (terpelihara) darahnya, hartanya dan kehormatannya. (HR. Muslim dari Abu Hurairah R.A.)

Kita sesama makhluk Allah ini perlulh hidup tolong menolong di antara satu sama lain. Hal ini bukan hanya untuk antara seseorang dengan orang lain, tetapi juga antara satu golongan dengan golongan lainnya, dan juga satu bangsa dengan bangsa lainnya. Kalau saja ini dilaksanakan, rasanya tidak perlu lagi membicarakan bagaimana perdamaian dunia dapat diciptakan, sebab masing-masing dapat menghormati yang lainnya.


Selain itu, janganlh kita lupa bahawa ada lagi makhluk Allah yg perlu kita sayangi, iaitu haiwan2 di sekeliling kita. Sedih sekali jika melihat kucing2 di gerai di halau dengan kasar hanya kerana menggesel badanY dan meminta diberi sedikit mkann. Klaupun ada yg mengasihani hanya dengan membaling tulang2 kpd kucing tersebut, padahal Islam telah mengajar kita spy saling hormat menghormati sesama makhluk Allah. Layakkah seseorang itu merasakan diriY sebagai Muslim/Muslimah sejati jika tidak ada langsung perasaan kasih dan hormat terhadap makhluk yg lain?

Ingatlah wahai sahabat2 sekalian, setiap makhluk yg Allah ciptakan bukanlah sia2 dan mereka juga ada perasaan sama seperti kita...ingin dikasihi dan ingin disayangi. Usaplah kucing2 yg terbiar itu kerana mereka juga ingin merasai kehangatan dibelai oleh tangan2 manusia yg kasihkn makhluk Allah.

p/s: gambar2 tersebut bukannya gambar kucing , ttp gambar arnab yg cute supaya kita semua dapat bayangkan arnab2 yg comey ini smasa mengusap2 kucing2 jalann(biasaY kucing2 ni comot n xramai org brani nk usap).


No comments:

Related Posts with Thumbnails