.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Tuesday, February 9, 2010

Liputan sekitar pasar malam di stesen teksi

Kehadiran Presiden Kusis dan Timbalan Presiden Kolej Resak ke gerai IMAM,menunjukkan Persatuan IMAM kini menjadi ikon kepada seluruh mahasiswa UiTM Perlis.IMAM sekarang ini terjun mendampingi masyarakat kampus dalam segenap bidang,selain mentarbiah IMAM juga menyediakan produk barangan halal lagi suci dan menjaga kebajikan mahasiswa Uitm Perlis.


Kebab IMAM laris di jual pada malam ini sebanyak 90 bungkus,kini permintaan kebab semakin di minati ramai oleh mahasiswa,antara sebab kebab IMAM di minati kerana harganya murah dan di baca dengan selawat dan doa,agar lembut hati sesiapa yang memakanya,Insya Allah.


Suasana sekitar pasar malam...


Selepas menguruskan pasar malam,Saudara Yassir (Ijazah SM Matematik Pengurusan) bersama Saudara Rosdi (Diploma Pengurusan Ladang) pergi melihat Kiosk Ar-Raudah untuk memasukkan barang sekaligus memantau keadaan sekeliling,supaya keselamatan kiosk terjamin.Walaupun Saudara Yassir sibuk berniaga,beliau pernah mendapat anugerah NC dalam Diploma Sains Kuantitatif dan bakal mendapat sekali lagi anugerah NC dalam bidang Ijazah SM Matematik,Insya Allah sama-sama kita doakan untuk beliau.Selain itu juga Saudara Yassir adalah mantan YDP MTK semester lepas.Kini Persatuan IMAM telah melahirkan graduan yang serba boleh.



Produk dadih ada di jual di Kiosk Ar-Raudah,dapatkan segera sebelum kehabisan.Sebelum makan jangan lupa baca doa dulu,pesanan ikhlas dari admin.


'Ukhwah itu terletak pada sebuah pertemuan bukan pada manis ucapan bibirnya tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya. Imam al-Ghazali''

No comments:

Related Posts with Thumbnails