.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Wednesday, April 8, 2009

virus dosa!!!

ADA 4 TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA:

1. RASA BERSALAH DENGAN DOSA

Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semula jadi manusia adalah baik(sewaktu di alam roh & mula-mula dilahirkan ke muka bumi). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri.

Atas dasar itu,pakar psikologi mengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang oleh rasa “guilty conscience”-rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan.. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusia seolah-olah berperang dengan dirinya sendiri.

2. RASA BIASA DENGAN DOSA

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga & seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang, sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan & penyesalan tetapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah lega & rela untuk berdosa & terus berdosa….

3. RASA SERONOK DENGAN DOSA

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan & keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, ‘penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga:Seronok & rasa indah dengan dosa

Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang & ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.

4. JADI PEMBELA KEPADA DOSA

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan ‘kenderaan” sifat-sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat & tenat. Keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela & pejuangnya.

Ditahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi & dihiasi oleh si’toxic people’ ini sebagai sesuatu yang indah, seronok & menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat & kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya & kudrat.Awas, hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir & munafik.

Allah berfirman, “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta & lebih sesat lagi jalannya.”(Surah Al-Israk’)”

No comments:

Related Posts with Thumbnails