Memori impian semalam
Di kesibukan arus
Berbagai ragam yang dipancari
Warga kampus yang individualistik dan entualistik
Mengejar cita2 dan matlamat
Di kehangatan ini
Berbagai situasi yang menghantui
Diri setiap pelajar yang berusaha
Mengejar impian, cita dan kejayaan di masa hadapan
Pelbagai perbalahan yang meruncing
Erti persahabatan yang murni
Sering di salah ertikan
Di kepayahan ini
Insan sering menikmati pertolongan
Tapi sebaliknya, bila mereka telah menikmati kebahagiaan
Mereka lalai dan alpa tentang kenikmatan telah
Diberikan padanya
Di dalam persahabatan ini
Terdapat insan yang sering meracuni fikiran temannya
Dan diakhiri dengan perbalahan sering
Menghancurkan perasaan setiap insan
Di penyesalan ini
Tiada lagi kemaafan
Pintu hati setiap insan yang dilukai terkatup rapat
Yang tinggal hanyalah memori impian semalam.
MAR
No comments:
Post a Comment