.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Friday, April 17, 2009

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN



PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

1. Tidur yang cukup.

· 6 - 7 jam sehari.

· Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.

· Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan

2. Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).

· Sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).

· Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati

3. Riadah.

· Jangan beriadah sehingga meletihkan badan.

· Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.

· Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.

PERSEDIAAN MENTAL

Berfikiran Positif

* "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

* "Something is better than nothing"

* "If you can't see it, you can't have it".

PERSEDIAAN EMOSI

Elakkan diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

* Pertengkaran dengan rakan-rakan;

* Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

* Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;

* Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

* Berprasangka buruk terhadap orang lain;

PERSEDIAAN ROHANI

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.

Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Latih diri anda untuk peperiksaan

Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.

2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu

3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails