Sebelum kita meneruskan topik menabung, mari kita renung sejenak. Berapakah nilai simpanan anda sehingga hari ini? Jika kita kaji kembali kepada Termometer Duit pada keluaran yang terdahulu, untuk mendapat kebebasan kewangan bukanlah bergantung kepada berapa banyak wang yang kita ada akan tetapi berapa banyak wang yang kita simpan.
Anda setidak-tidaknya hendaklah mencapai aras Termosmeter Duit Tahap Selamat iaitu simpanan yang dapat menampung 6 bulan perbelanjaan anda. Teknik untuk menjadi seorang yang menabung dengan baik perlulah dipupuk dari sekarang kerana untuk menjadikannya sebagai tabiat iainya mengambil satu masa tertentu.
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dengan bijak serta mampu mengekalkan tabiat baik dalam menabung.
#1: Tetapkan Matlamat! (Set a Goal)
Untuk menetapkan sesuatu matlamat, anda perlu kaji terlebih dahulu apakah faktor yang paling utama untuk memastikan anda tidak putus asa dalam usaha menabung. Adakah anda inginkan,
• Kebebasan Kewangan seperti Termometer Duit Tahap Selamat?
• Anda ingin keluar daripada bebanan hutang?
• Anda ingin pencen di usia yang muda?
• Keluar daripada kepompong kemiskinan?
Anda setidak-tidaknya hendaklah mencapai aras Termosmeter Duit Tahap Selamat iaitu simpanan yang dapat menampung 6 bulan perbelanjaan anda. Teknik untuk menjadi seorang yang menabung dengan baik perlulah dipupuk dari sekarang kerana untuk menjadikannya sebagai tabiat iainya mengambil satu masa tertentu.
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dengan bijak serta mampu mengekalkan tabiat baik dalam menabung.
#1: Tetapkan Matlamat! (Set a Goal)
Untuk menetapkan sesuatu matlamat, anda perlu kaji terlebih dahulu apakah faktor yang paling utama untuk memastikan anda tidak putus asa dalam usaha menabung. Adakah anda inginkan,
• Kebebasan Kewangan seperti Termometer Duit Tahap Selamat?
• Anda ingin keluar daripada bebanan hutang?
• Anda ingin pencen di usia yang muda?
• Keluar daripada kepompong kemiskinan?
Set your financial goal!
Setelah anda jelas dengan matlamat anda, barulah sifat untuk menjadi seorang penabung yang baik akan terpupuk dengan sendirinya. Jika anda hanya lakukan kerana meniru orang lain, tabiat ini tidak akan berkekalan. Kaji dan teliti matlamat sebenar anda. Anda akan mulai fokus dan terbiasa dengan tabiat menabung.
#2: Tetapkan Satu Tarikh Akhir! (Set a Deadline)
Tetapkan satu tarikh akhir bilakah anda akan mencapai matlamat anda pada langkah yang pertama tadi. Menurut pakar motivasi, Jack Canfield. Dalam proses menetapkan matlamat, perkara yang paling penting adalah dengan menulisnya berserta tarikh bilakah ianya akan dicapai. Kemudian setelah semua matlamat dibuat, lekatkan pada semua tempat yang anda senang lihat seperti pada cermin, soft board di pejabat, wallpaper Laptop,peti ais dan sebagainya. Baca matlamat ini sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebaik-baiknya pada waktu pagi dan malam. Minda anda akan sentiasa diingatkan dengan matlamat anda setiap masa. Dengan demikian anda akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapainya.
#3: Jejaki Perbelanjaan Anda! (Track Expenses)
Kebiasaan daripada kita semua mungkin mengetahui secara kasar perbelanjaan seharian kita. Akan tetapi untuk menjadi seorang Money Genius™, kita seharusnya mengetahui setiap sen daripada duit yang kita belanjakan. Antara cara yang terbaik untuk menjejaki segala perbelanjaan seharian kita adalah dengan meminta resit setiap kali kita membuat pembayaran. Tidak kiralah walau di restoran mamak sekalipun, minta mereka keluarkan resit. Bagi yang tidak dapat keluarkan resit seperti anda membeli jambu ataupun goring pisang di tepi jalan, pastikan anda merekodkannya dalam buku tiga lima(555) ataupun notepad.
#4: Buat Analisa Kos! (Analyze Costs)
Bila semua rekod yang anda jejaki dicatat maka tibalah waktunya di mana anda perlu membuat analisa bulanan. Setelah anda melihat keseluruhan rekod anda tadi, anda akan dapati ada sahaja perbelanjaan yang anda sepatutnya elakkan serta ada juga yang dapat dikurangkan. Sebagai contoh, sekiranya bil telefon anda mencecah RM700 maka anda perlu kurangkannya kepada RM500 dan sebagainya. Maka dengan ini jumlah RM200 yang dapat dikurangkan tadi boleh disumbangkan kepada tabungan anda.
#5: Sediakan Budget! (Make a Budget)
Mulai saat ini anda perlu mula berkira-kira berapakah perbelanjaan yang diperlukan bagi makanan, sewa, bil, pakaian, keraian dan sebagainya. Bila anda jelas dengan segala jumlah kos yang diperlukan dalam menampung perbelanjaan bulanan anda, anda akan dapati duit yang tinggal adalah yang mampu untuk disimpan. Walaupun sedikit sahaja yang tinggal contohnya RM50, ianya lebih baik daripada tiada langsung.
Kita perlu ada bajet kewangan
#6: Bayar Anda Terlebih Dahulu! (Pay Yourself First)
Ini adalah antara teknik yang paling terkenal oleh semua pengamal kewangan yang hebat. Apa yang dimaksudkan dengan bayar anda terlebih dahulu adalah anda jadikan sebahagian daripada wang gaji anda sebagai simpanan tetap anda seperti mana anda membayar bil-bil yang lain. Jika anda lihat, setiap bulan anda tidak pernah miss untuk membayar loan kereta, rumah dan sebagainya. Anda tetap akan membayarnya dari bulan ke bulan. Apa kata, anda jadikan 10% daripada pendapatan anda sebagai simpanan tetap setiap bulan sebelum membayar bil-bil yang lain. Jika pendapatan anda RM2000, maka simpanan 10% daripadanya adalah sebanyak RM200 sebulan.
#7: Fikirkan Menabung! (Think Saving)
Setelah melalui semua langkah yang telah disarankan, anda diseru supaya kembali berfikir untuk menabung. Mungkin anda telah menetapkan 10% daripada pendapatan untuk simpanan, sekiranya masih ada lagi baki selepas ditolak segalanya, fikirkanlah kembali untuk terus menabung.
Keep saving!
I LUV ISLAM
No comments:
Post a Comment