.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Monday, May 31, 2010

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas


KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.


Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.


Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.


Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.


“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.


Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.


Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.


Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.


Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Tuesday, May 25, 2010

7 Langkah Mudah Menabung

Sebelum kita meneruskan topik menabung, mari kita renung sejenak. Berapakah nilai simpanan anda sehingga hari ini? Jika kita kaji kembali kepada Termometer Duit pada keluaran yang terdahulu, untuk mendapat kebebasan kewangan bukanlah bergantung kepada berapa banyak wang yang kita ada akan tetapi berapa banyak wang yang kita simpan.

Anda setidak-tidaknya hendaklah mencapai aras Termosmeter Duit Tahap Selamat iaitu simpanan yang dapat menampung 6 bulan perbelanjaan anda. Teknik untuk menjadi seorang yang menabung dengan baik perlulah dipupuk dari sekarang kerana untuk menjadikannya sebagai tabiat iainya mengambil satu masa tertentu.
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dengan bijak serta mampu mengekalkan tabiat baik dalam menabung.


#1: Tetapkan Matlamat! (Set a Goal)

Untuk menetapkan sesuatu matlamat, anda perlu kaji terlebih dahulu apakah faktor yang paling utama untuk memastikan anda tidak putus asa dalam usaha menabung. Adakah anda inginkan,

• Kebebasan Kewangan seperti Termometer Duit Tahap Selamat?
• Anda ingin keluar daripada bebanan hutang?
• Anda ingin pencen di usia yang muda?
• Keluar daripada kepompong kemiskinan?


Set your financial goal!


Setelah anda jelas dengan matlamat anda, barulah sifat untuk menjadi seorang penabung yang baik akan terpupuk dengan sendirinya. Jika anda hanya lakukan kerana meniru orang lain, tabiat ini tidak akan berkekalan. Kaji dan teliti matlamat sebenar anda. Anda akan mulai fokus dan terbiasa dengan tabiat menabung.


#2: Tetapkan Satu Tarikh Akhir! (Set a Deadline)

Tetapkan satu tarikh akhir bilakah anda akan mencapai matlamat anda pada langkah yang pertama tadi. Menurut pakar motivasi, Jack Canfield. Dalam proses menetapkan matlamat, perkara yang paling penting adalah dengan menulisnya berserta tarikh bilakah ianya akan dicapai. Kemudian setelah semua matlamat dibuat, lekatkan pada semua tempat yang anda senang lihat seperti pada cermin, soft board di pejabat, wallpaper Laptop,peti ais dan sebagainya. Baca matlamat ini sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebaik-baiknya pada waktu pagi dan malam. Minda anda akan sentiasa diingatkan dengan matlamat anda setiap masa. Dengan demikian anda akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapainya.


#3: Jejaki Perbelanjaan Anda! (Track Expenses)

Kebiasaan daripada kita semua mungkin mengetahui secara kasar perbelanjaan seharian kita. Akan tetapi untuk menjadi seorang Money Genius™, kita seharusnya mengetahui setiap sen daripada duit yang kita belanjakan. Antara cara yang terbaik untuk menjejaki segala perbelanjaan seharian kita adalah dengan meminta resit setiap kali kita membuat pembayaran. Tidak kiralah walau di restoran mamak sekalipun, minta mereka keluarkan resit. Bagi yang tidak dapat keluarkan resit seperti anda membeli jambu ataupun goring pisang di tepi jalan, pastikan anda merekodkannya dalam buku tiga lima(555) ataupun notepad.


#4: Buat Analisa Kos! (Analyze Costs)

Bila semua rekod yang anda jejaki dicatat maka tibalah waktunya di mana anda perlu membuat analisa bulanan. Setelah anda melihat keseluruhan rekod anda tadi, anda akan dapati ada sahaja perbelanjaan yang anda sepatutnya elakkan serta ada juga yang dapat dikurangkan. Sebagai contoh, sekiranya bil telefon anda mencecah RM700 maka anda perlu kurangkannya kepada RM500 dan sebagainya. Maka dengan ini jumlah RM200 yang dapat dikurangkan tadi boleh disumbangkan kepada tabungan anda.


#5: Sediakan Budget! (Make a Budget)

Mulai saat ini anda perlu mula berkira-kira berapakah perbelanjaan yang diperlukan bagi makanan, sewa, bil, pakaian, keraian dan sebagainya. Bila anda jelas dengan segala jumlah kos yang diperlukan dalam menampung perbelanjaan bulanan anda, anda akan dapati duit yang tinggal adalah yang mampu untuk disimpan. Walaupun sedikit sahaja yang tinggal contohnya RM50, ianya lebih baik daripada tiada langsung.


Kita perlu ada bajet kewangan



#6: Bayar Anda Terlebih Dahulu! (Pay Yourself First)

Ini adalah antara teknik yang paling terkenal oleh semua pengamal kewangan yang hebat. Apa yang dimaksudkan dengan bayar anda terlebih dahulu adalah anda jadikan sebahagian daripada wang gaji anda sebagai simpanan tetap anda seperti mana anda membayar bil-bil yang lain. Jika anda lihat, setiap bulan anda tidak pernah miss untuk membayar loan kereta, rumah dan sebagainya. Anda tetap akan membayarnya dari bulan ke bulan. Apa kata, anda jadikan 10% daripada pendapatan anda sebagai simpanan tetap setiap bulan sebelum membayar bil-bil yang lain. Jika pendapatan anda RM2000, maka simpanan 10% daripadanya adalah sebanyak RM200 sebulan.


#7: Fikirkan Menabung! (Think Saving)

Setelah melalui semua langkah yang telah disarankan, anda diseru supaya kembali berfikir untuk menabung. Mungkin anda telah menetapkan 10% daripada pendapatan untuk simpanan, sekiranya masih ada lagi baki selepas ditolak segalanya, fikirkanlah kembali untuk terus menabung.

Keep saving!

I LUV ISLAM

Saturday, May 22, 2010

RasuluLlah Bergurau Dengan Kanak-kanak



Daripada Hadrat Anas bin Malik

r.a beliau berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku,

يا أبا عُمَير , ما فعل النغير

Ya Aba Umair , Apa yang dibuat oleh Nughair (Muttafaqun Alaih)

Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Hadrat Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.


Berkata Imam Abu Isa rahimahullah,

”Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah bergurau. (Dalam kitab ditulis dengan كان يمازح menggunakan uslub kana + mudhori’ = fe’el madhi istimrari. Maknanya sering juga bergurau, wallahu a’lam-akhi).Baginda s.a.w dalam hadis ini telah memberi kunniyah (gelaran seperti Abu dan Ummu ) kepada seorang anak kecil dengan memanggilnya ‘Aba Umair’. Hadis ini juga menjadi dalil bahawa tidak salah memberi seekor burung kepada anak kecil untuk bermain.

Adapun Baginda s.a.w bersabda demikian adalah kerana adik Hadrat Anas r.a ini mempunyai seekor burung yang dia selalu bermain dengannya, namun burung itu kemudiannya mati. Anak kecil itu berasa sedih. Lalu Baginda s.a.w pun bergurau dengannya untuk membuat dia gembira. ”
[1]

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak ini gembira?

Adik kepada Hadrat Anas r.a ini adalah seorang kanak-kanak yang cerdas. Kalau kita sendiri semasa kecil dahulu, mungkin kita akan bertmbah sedih sekiranya seseorang menyebut-nyebut lagi mengenai kehilangan barang mainan yang amat kita sayangi sebagaimana layaknya perihal seorang kanak-kanak biasa. Namun tidak pada yang ini.


Berkata Imam al-Manawi rahimahullah,

”Malah dia menjadi amat senang hati kerana Rasulullah s.a.w sendiri berbicara dengannya. Hatinya menjadi riang. Dia bangga kerana Baginda melayannya. Habis satu keluarga diceritakan mengenai hal ini. Rasulullah bercakap dengan saya! Baginda bertanya pada saya! Dia menyibukkan dirinya dengan hal ini sehingga dengannya hilanglah rasa sedihnya. Si kecil ini mempunyai kebijaksanaan dan cerdik, oleh kerana itulah Baginda s.a.w berbicara dengannya begitu.” [2]

Faedah hadis

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah,

Hadis ini memberi banyak sekali faedah. Antaranya:

1) Harus memberi kuniyah kepada seseorang yang belum ada anak walaupun kanak-kanak. Ini tidaklah pula dianggap sebagai berbohong.

2) Harus bergurau pada perkara yang tidak mendatangkan dosa

3) Harus mentasghirkan sebahagian nama misalnya Hirrah jadi Hurairah, Amr jadi Umair, Fadhl jadi Fudhail, Naghr jadi Nughair.

4) Harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil dan menjadikannya (brung itu) miliknya

5) Harus menyusun bicara yang baik dan indah untuk melembutkan hati kanak-kanak

6) Hadis ini juga menggambarkan betapa Baginda s.a.w memiliki akhlak yang sangat mulia, sempurna dan amat tawadhok
. [3]

Berkata Mulla (Bahasa Urdu, sama dengan Allamah dalam Bahasa Arab) Ali al-Qari rahimahullah berkata,

Hadis ini menunjukkan harus bergurau dengan anak-anak kecil untuk mengubat dukacitanya.

Kesimpulan

Sekiranya gurau senda yang dilakukan adalah bertujuan untuk menghilangkan kesedihan, mengubat hati yang berduka, dan yang seumpamanya maka ia adalah mustahab dan dibenarkan selagi mana tiada padanya unsur-unsur yang menyalahi syariat seperti menipu, menyebabkan permusuhan dan sebaginya.




[1] Dinukil oleh Imam Tirmizi dalam kitab as-Syamail
[2] Di dalam kitab syarahnya kepada as-Syamail
[3] Di dalam Syarah Muslim
[4] Di dalam Jam’u al-Wasail

Thursday, May 20, 2010

6 Ulama’ Hadith Terkemuka



Berikut adalah biografi singkat 6 ulama’ hadith terkemuka yang kitab-kitab hadith mereka disebut sebagai Sunan Sittah ( 6 Sunan). Dalam ilmu Hadith, dinyatakan bahawa, hadith yang paling sohih adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.


1) Imam Bukhari

Nama asalnya adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Bukhari. Lahir di Bukhara pada tahun 194 Hijrah / 810 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Hartank (salah satu kawasan desa di Samarkhand) pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi.

Imam Bukhari adalah ilmuan Islam dan penghafaz hadith Rasulullah s.a.w. Antara kitab-kitabnya adalah Jami’ As-Sohih (Sohih Al-Bukhari), At-Tarikh dan Ad-Dhuafa’. Pada tahun 210 Hijrah, dia bermusafir jauh untuk mencari Hadith. Beliau mengunjungi Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. Dia belajar Hadith dari 1000 orang guru dan mengumpulkan sekitar 600,000 hadith. Dari jumlah tersebut, dia memilih perawinya yang thiqah sahaja untuk ditulis dalam kitab Sohihnya. Di dalam kitab tersebut terdapat 7562 buah hadith.


2) Imam Muslim

Nama asalnya adalah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Quraisyi An-Naisaburi. Lahir di Naisabur pada tahun 204 Hijrah / 820 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Iran. Beliau meninggal dunia di pinggir Kota Naisabur pada tahun 261 Hijrah / 875 Masihi.


Dikatakan bahawa, Imam Muslim melakukan perjalanan ke Hijaz, Mesir, Syam dan Iraq. Kitab Sohih Muslim merupakan karyanya yang terkenal. Antara karya lain adalah Al-Musnad Al-Kabir (tentang darjat perawi hadith), Al-Jami’ (disusun per bab), Al-Kinaawa Al-Asma’, Al-Afrad wal Wihdan, Tasmiyyah Syuyukh Malik wa Sufyan wa Syu’bah, Kitab Al-Mukhadhramin dan Kitab Aulad As-Sohabah. Dalam Sohih Muslim terdapat 3033 buah Hadith setelah dilakukan penelitian terhadap hadith yang berulang.


3) Imam Abu Daud

Nama asalnya adalah Sulaiman bin Al-Asy’ats bin Ishaq bin Basyir Al-Azdi As-Sijistani. Lahir di Sijistan pada tahun 202 Hijrah / 817 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Afghanistan. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 275 Hijrah / 889 Masihi.


Beliau adalah Imam Ahlil Hadith pada zamannya. Beliau bermusafir panjang untuk mencari ilmu ke Iraq, Hijaz, Mesir dan Syam. Kitabnya, As-Sunan merupakan salah satu dari 6 kitab hadith rujukan. Terdapat di dalamnya 5232 hadith yang dipilih dari 500,000 hadith yang dihafaznya. Kitab-kitab lain karya beliau adalah Kitab Az-Zuhd, Al-Ba’ts (artikel), Tasmiyyah Al-Ikhwah (artikel) dan Al-Akhbar Abi Daud yang disusun oleh Imam Al-Juludi.


4) Imam At-Tirmizi

Nama asalnya adalah Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa As-Silmi Al-Bughi At-Tirmizi. Lahir di Tirmiz pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Tirmiz pada tahun 279 Hijrah / 892 Masihi.


Beliau belajar dari Imam Bukhari dan beberapa guru Imam Bukhari. Beliau bermusafir untuk menuntut ilmu ke Khurasan, Iraq dan Hijaz. Walaupun mengalami buta pada akhir hidupnya ,dia tetap dijadikan teladan dalam penghafalan Hadith. Antara karya beliau adalah Al-Jami’ul Kabir yang dikenal sebagai Sohih At-Tirmizi, Kitab Asy-Syamail An-Nabawiyyah, At-Tarikh dan Al’Ilal. Dikatakan bahawa, Sohih Tirmizi memuat sebanyak 3956 buah hadith.


5) Imam An-Nasa’ie

Nama asalnya adalah Ahmad bin Ali bin Syu’aib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar. Lahir di Nasa pada tahun 215 Hijrah / 830 Masihi. Lokasi sekarang adalah Turkemanistan. Meninggal dunia di Baitul Maqdis (di Kota Ramallah, Palestin) pada tahun 303 Hijrah / 915 Masihi.


Beliau menulis Kitab As-Sunan (An-Nasa’ie). Beliau bermusafir ke Tiberistan, Qazwain, Iraq, Hijaz, Mesir dan Palestin untuk mencari ilmu sehinggalah meninggal dunia di Palestin. Ada pendapat mengatakan beliau meninggal dunia di Makkah saat menunaikan ibadah haji. Kitab-kitab beliau antaranya adalah As-Sunan Al-Kubra, Al-Mujtaba (Sunan As-Sughro), Ad-Dhuafa wal Matrukun, Khaso’is Ali, Musnad Malik. Di dalam kitab Sunannya (Sunan Tirmizi) terdapat 5769 buah Hadith.


6) Imam Ibnu Majah

Nama asalnya adalah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ Al-Qazwaini. Lahir di Qazwain pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Negara Iran. Meninggal dunia di Qazwain pada tahun 273 Hijrah / 887 Masihi.


Beliau seorang yang alim dalam ilmu Hadith. Beliau penduduk asli Qazwain (sebelah Barat Laut Kota Tehran). Beliau bermusafir ke Basrah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz untuk mencari ilmu. Karya beliau adalah Sunan Ibnu Majah yang merupakan salah satu dari 6 kitab Hadith rujukan. Karya lainnya adalah Tafsir Al-Qur’an dan Tarikh Al-Qazwain. Di dalam Sunan Ibnu Majah terdapat 4341 buah hadith dan 3003 hadith juga terdapat pada lima kitab hadith rujukan sebelumnya.


Subhanallah ! Aneh juga ya..semua ulama’ terkenal hadith ini bukan berasal dari bumi Makkah atau Madinah sebagai tempat awal permulaan Islam.


Sumber Rujukan: Atlas Hadith – Dr.Syauqi Abu Khalil (Darul Fikr, Damaskus, Syria) – versi Indonesia diterbit oleh: Penerbit Al-Mahira, Jakarta Timur, 2007.

Sunday, May 16, 2010

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W



Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
--------------------------------

Nota:

Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Mimpi berjumpa RasululLaah s.a.w tidak mustahil bahkan jaa`iz (harus) berlaku. Orang yang mengenali RasululLaah dengan membaca dan menselusuri seerah baginda akan merasakan kerinduan kepada baginda. Seseorang yg merindui seseorang adalah seperti seorang yg merindui kekasihnya. Perasaan rindu inilah yg membawa kepada keinginan yg amat sangat untuk berjumpa dgn kekasihnya, walaupun hanya dlm mimpi.

Friday, May 14, 2010

PENJAGAAN KOMPUTER





Penjagaan komputer penting. Ini bagi memastikan komputer kita sentiasa baik dan selesa. Jika kita mengabaikannya, komputer kita akan terdedah kepada kerosakan sistem ataupun perkakasan komputer. Disini disenaraikan kepada anda beberapa langkah petua penjagaan komputer:

-Jangan ON dan OFF komputer terlalu kerap .

-Elakkan getaran meja kerana kebanyakan .
komponen elektronik amat mudah rosak.

-Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap.

-Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer. Minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.

-Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .

-Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.

-Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk kemotherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.

-Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

-Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

-Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.

-Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.

-Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Ada ketikanya terkurang/terlebih voltage. Kalau ada kilat dan terlupa mencabut palam dan jika nasib baik *****a avr yang rosak bukannya komputer.

-Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

-Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.

-Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

-Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

Thursday, May 6, 2010

Petua mencuci hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
– Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.



11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.



13. Jaga makanan
– jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.



17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya
smiley-wink **
Related Posts with Thumbnails