IkaTaN MaHaSiSWa MaDaNi... GeNeRaSi MaDaNi CiTRa uNGGuL... SaTu uMMaH, SaTu Hati...
.: PENGENALAN:.
Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmanirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulillah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. astaghfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquwwataillabillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat, juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.
2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.
3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!
6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubatinya dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Katanya itulah suara keldai!!! Surah al-Isra’ memberi tips kepada kita… Jangan keraskan suaramu dalam solat, tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikanAyuh!!! Hindarilah… mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat… apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusiaSekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lainsupaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana… Sabda Nabi s. a. w bermaksud : “Bertindak segeralah melakukan amal…” (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret… Tanpa haluan dan noktahnya.
YA ALLAH…SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU… Dengan penglihatan Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU, Mengagumi segala kebesaran-Mu
Namun.. Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU, Menjerumuskan diriku ke lembah dosa, Melihat pada yang tak sepatutnya, Membuatkan diri ini alpa sa at hidayah-Mu tiba. Seketika kutersedar… Mungkin belum terlambat, Untukku pahatkan dalam diri, Bahawa.. Aku mahu berubah!!!
Ya Allah, Jika dulu aku angkuh di bumi-MU, Alhamdulillah.. Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku, Membangunkan sifat malu, Yang selama ini tersorok dalam diri, Kutundukkan pandanganku, Yang selama ini meliar! Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman, Kutempis segala teguran sinis, Kutekadkan dalam kalbuku, Bahawa… Aku mahu berubah!! !
Ya Allah, Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU, Terleka dengan duniawi, Terkadang kuabaikan ukhrawi, Subhanallah, Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung, Kau sedarkanku di saat aku hanyut, Masih tak terlambat, Untuk suatu perubahan, Kuakur pada kekuasaan-MU, Lantas, Kulaungkan dalam hatiku, Aku mahu berubah!!!
Ya Allah, Kupohon hidayah-MU, Duhai ayahanda dan bonda, sahabat-sahabat, serta teman-teman, Bantulah daku, Bimbinglah daku, Dalam mencari, Cinta yang paling Agung, Cinta pada yang Esa.
Nabi s.a.w. bersabda: "Iman seseorang hamba tidak akan sempurna sebelum ia meninggalkan kebohongan dalam bergurau, dan meninggalkan riya, sekalipun benar." (H.R. Ahmad)