.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Saturday, February 14, 2009

VALENTINE'S DAY

Boleh jadi tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh banyak remaja dan juga pasangan kekasih, baik di negeri ini maupun di mana-mana belahan bumi. Alasannya, pada hari tersebut banyak orang yang mempercayainya sebagai hari untuk mengungkapkan rasa kasih sayang. Itulah hari Valentine, satu hari di mana orang-orang di barat sana menjadikannya sebagai fokus untuk mengungkapkan rasa kasih sayang.:inlove: Seiring dengan penularan berbagai gaya hidup barat ke dunia Islam, perayaan hari Valentine pun turut mendapat sambutan hangat, terutama dari kalangan remaja. Bertukar bingkisan Valentine, semarak warna pink, ucapan rasa kasih sayang, ungkapan cinta dengan berbagai ekspresinya, menyemarakkan suasana Valentine setiap tahunnya, bahkan di kalangan remaja muslim sekali pun.

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an seiring dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Namun pada hari ini marilah kita menyingkap sejarah sambutan hari Valentine tersebut Dari manakah munculnya hari Valentine tersebut? :mThinking:

Satu pendapat mengatakan perkataan Valentine’s day diambil sempena nama seorang paderi besar kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di sepanyol, iatu saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Febuari 270 masihi. Kerajaan itu begitu bermakna kepada Ratu Esabella, dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan HARI VALENTINE.

Pendapat kedua: Ia berasal daripada pesta sambutan kaum Rom kuno ynag dipanggil ‘LUPERCALIA” yang bermula pada abad ketiga sebelum masihi. Lipercalia adalah upacara penyucian diri yang diadakan pada 14 Febuari. Pada hari itu, mereka akan menyembah dewa cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam hari tersebut, nama gadis rom akan dituliskan di atas kertas dan dimasukkan kedalam sebuah bekas. Dan setiap pemuda akan mencabutnya secara rawak. Nama gadis yang telah dicabut undi itu akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi.

Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).:pandaGeli_14: Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks. Kesimpulannya, adalah haram bagi kita menyambut hari kekasih atau Valentine’s Day.

No comments:

Related Posts with Thumbnails