Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar untuk tujuan menikmati kemerduan suaranya atau melihat kecantikannya?
Jawapan;
Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud);
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29).
Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”.
Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah;
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?’” (al-A’raf, ayat 32).
Khusus mengenai binatang, Allah berfirman; “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (an-Nahl, ayat 8).
Dalam ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah menjadikan binatang bukan sahaja untuk makanan atau tunggangan, tetapi juga untuk perhiasan kepada manusia, iaitu keseronokan manusia melihat dan memandangnya. Oleh itu, keharusan memelihara binatang bukan sahaja untuk tujuan menjadikannya sebagai makanan dan tunggangan, tetapi juga harus memeliharanya untuk tujuan perhiasan iaitu untuk melihat kecantikannya, mendengar kemerduan suaranya dan sebagainya. Maka menurut ulamak –berdasarkan dalil-dalil di atas- hukum memelihara burung di dalam sangkar (begitu juga ikan di dalam akarium) adalah harus dengan syarat kebajikan burung atau binatang peliharaan itu dijaga dan begitu juga dengan menjaga beberapa syarat yang lain.
Syeikh ‘Ahiyah Saqar (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) dalam fatwanya menegaskan; “Di antara perhiasan (yang diharuskan) ialah beberapa jenis burung dan ikan, maka harus memiliki dan menjualnya selagi ia berada dalam batasan-batasan Syarak dan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu;
1. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan berbangga-bangga dan segala amal-perbuatan bergantung kepada niat masing-masing.
2. Tidak lalai/leka dengan kerana menikmati kecantikannya atau kesibukan menjaganya dari melaksanakan kewajipan Syarak atau tanggungjawab yang lebih utama.
3. Tidak mengabaikan kebajikannya seperti memberi makannya dan sebagainya.
Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Aku mempunyai seorang saudara lelaki yang masih kanak-kanak (baru putus menyusu) yang diberi gelaran Abu ‘Umair. Ia memiliki seekor burung kecil (dipanggil an-nughair). Apabila Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wa salallam- datang dan melihatnya, baginda bertanya; ‘Wahai Abu ‘Umair, apa yang burung kecil kamu lakukan?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). (*an-Nughair menurut ulamak ialah burung kecil menyerupai burung layang-layang dan paruhnya berwarna merah. Penduduk Madinah dahulunya memanggilnya dengan nama burung al-Bulbul. Lihat; Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust).
Imam ad-Dumairi dalam kitabnya yang masyhur “Hayat al-Hayawan al-Kubra” menegaskan; “Hadis di atas menjadi dalil harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil”. Namun berkata al-‘Allamah Abi al-Abbas al-Qurtubi; “Yang diharus oleh ulamak ialah menangkap burung itu untuk berhibur/bermain dengannya. Adapun menyiksanya dan mensia-siakannya, tidak harus kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- melarang membunuh binatang kecuali untuk memakannya”.
Di dalam hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah menceritakan;
عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
“Seorang wanita diazab oleh Allah kerana seekor kucing yang yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Ia dimasukkan Allah ke dalam neraka kerana kucing tersebut. Allah berkata kepadanya; ‘Kamu tidak memberinya makan dan tidak memberinya minum tatkala kamu mengurungnya. Dan kamu tidak pula melepaskannya supaya ia dapat makan binatang-binatang kecil yang berjalan di atas bumi” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu).
Hadis di atas menjadi dalil haramnya menyiksa binatang termasuk tidak memberi makan kepadanya. Maka, jika kita ingin membela binatang, wajiblah kita menjaga kebajikannya. Jika tidak, wajiblah kita melepaskannya. Satu lagi yang perlu disebutkan di sini; diharamkan menjadikan binatang sebagai bahan taruhan dalam perjudian. Begitu juga, melaga-lagakan sesama binatang. Membela binatang untuk tujuan tersebut adalah haram kerana sesuatu yang dilakukan untuk suatu tujuan yang haram, maka ia turut haram sebagaimana kaedah “Al-Umur bimaqasidiha” (setiap urusan dilihat kepada tujuannya).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh ‘Atiyah Saqar, Dar al-Ifta’ al-Misr, 10/150.
2. Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust.
3. Al-Fatawa al-Islamiyah, 4/597.
.: PENGENALAN:.
Thursday, July 29, 2010
PELIHARA BURUNG DALAM SANGKAR
Tuesday, July 27, 2010
MASA MEMOHON HAJAT
Jawapan;
Memohon hajat dari Allah adalah harus pada bila-bila masa terutama pada saat-saat yang mustajab doa di antaranya ketika dalam solat dan sebaik selepas solat (sama ada solat fardhu, solat-solat sunat rawatib, solat malam, solat hajat dan sebagainya). Berdoa di dalam solat lebih baik dari berdoa selepas solat. Antara tempat yang mustajab doa dalam solat ialah ketika sujud dan sebelum memberi salam (yakni selepas habis membaca tahiyat dan selawat). Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya (yakni Allah) ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa (pada ketika itu)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Dalam hadis mengenai bacaan tahiyyat, selepas mengajar bacaan tahiyyat kepada para sahabat, Nabi berkata; “Kemudian (yakni apabila selesai membaca tahiyyat) pilihlah pemintaan yang ia kehendaki (dari Allah)[1]” (HR Imam Muslim dari Abdullah –radhiyallahu ‘anhu-).
Adapun solat hajat, harus ia dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang dilarang solat iaitu;
a) Selepas menunaikan solat subuh hinggalah matahari meninggi dengan kadar segalah (yakni kira-kira 15 selepas terbit matahari).
b) Selepas menunaikan solat asar hingga matahari terbenam sepenuhnya
c) Tatkala matahari berada di tengah langit hingga tergelincir darinya (yakni masuk waktu zohor).
Masa terbaik untuk solat hajat ialah selepas tengah malam atau selepas dua-pertiganya. Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Apabila malam masuk sepertiga yang akhir, Allah turun ke langit dunia dan berkata; ‘Siapakah yang meminta untuk aku berikan permintaannya? Siapakah yang berdoa untuk aku kabulkan doanya? Siapakah yang beristighfar (memohon ampun) untuk aku ampuninya?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)
Wallahu a'lam.
Nota hujung;
[1] Berkata Imam an-Nawawi; hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan berdoa ketika di hujung solat sebelum memberi salam. Harus apa sahaja doa yang dikehendaki untuk urusan akhirat mahupun urusan dunia asalkan bukan suatu yang berupa dosa. Itulah yang menjadi pegangan jumhur ulamak. Namun Imam Abu Hanifah berpendapat; tidak harus melainkan doa yang maktsur dari al-Quran atau as-Sunnah. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab as-Solah, bab at-Tasyahhud di as-Solah)
Sunday, July 25, 2010
Ustazah Siti Nor Bahyah-Ceramah 'Nur Salam'
Friday, July 23, 2010
LAMAKAH KITA DIKUBUR
Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.
"Ya Allah..."
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
Thursday, July 22, 2010
Wednesday, July 21, 2010
KRIS 2010 CEMERLANG
Apakah Lagi Kebenaran Yang Ditenggelamkan Oleh Musuh Islam ?
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.
Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.
Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak)
Beliau enggan meminum beer pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Apakah Lagi Kebenaran yang di tenggelamkan oleh Musuh Islam?
Monday, July 12, 2010
AGM PERSATUAN IMAM
ASSALAMUALAIKUM....
KEPADA SAHABAT2.. A.G.M IMAM UITM ARAU..
AKAN DIADAKAN DI : LT5...
MASA:9.00 MLM...
TARIKH:12.7.2010(BERSAMAAN 30 REJAB 1431)...
AGM INI TERBUKA KEPADA SEMUA...KEPADA SESIAPA YG INGIN MENJADI AHLI IMAM...BAWA YURAN PENDAFTARAN SEBANYAK RM 3.00...AGM INI JUGA TERBUKA KEPADA ADIK2..YG PART 1...
"SATU UMMAH SATU HATI"
...*jom pakat mari ramai2...