.: PENGENALAN:.

Ikatan Mahasiswa Madani atau lebih dikenali sebagai IMAM dikalangan masyarakat kampus merupakan satu-satunya organisasi yang berdaftar dibawah unit agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UiTM Perlis. IMAM bergiat aktif dalam memberi kefahaman dan penghayatan kepada mahasiswa dan juga masyarakat kampus. Keikhlasan setiap mahasiswa/siswi yang menyertai IMAM merupakan asset utama persatuan ini dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan beramal berlandaskan syariat.

Thursday, March 19, 2009

Mini Ekspo DPIM

Pada 5 dan 6 Mac Mini Ekspo DPIM (Diploma Plantation In Management) telah berlangsung dengan jayanya di anjung siswa.
Pelbagai gerai jualan telah dibuka oleh kakitangan kampus dan persatuan dalaman serta orang luar.Persatuan IMAM juga tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan basah iaitu menjual kebab dan minuman oleh ajk-ajk muslimin. Sambutan menggalakkan diterima daripada warga kampus.
Pada hari khamis malam jumaat, 5 Mac. Persatuan IMAM telah mengadakan ceramah bertempat di anjung siswa dari pukul 8.45 sehingga 9.45 malam. Ceramah bertajuk ‘Cemerlang atau Temberang’ disampaikan oleh Nur’azam bahari dengan begitu bertenaga dan padat dengan pengisian. Sambutan baik diterima apabila ada penonton yang sanggup berdiri disekitar kawasan tersebut untuk mendengar ceramah tersebut. Seterus selepas selesai sesi ceramah kertas selawat disebarkan dan selawat sempena Maulidur Rasul berlangsung. Persembahan nasyid yang diketuai oleh saudara Kamal telah memeriahkan lagi malam ekspo DPIM.

Sepanjang ekspo berjalan, gerai basah Persatuan IMAM tetap mendapat sambutan dan mendapat keuntungan daripada hasil jualan. Semoga Persatuan IMAM terus menjadi medan dakwah yang berinovasi selaras dengan kehidupan warga kampus UiTM Arau,Perlis.

Karnival Ilmu

Assalamualaikum sahabat2 yg senantiasa berada dlm rahmat Allah SWT…

Pergi tak Karnival Ilmu yg berlangsung selama 3 hari di UiTM Perlis baru2 nie???? Tak pegi,tak pe ana boleh ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku sepanjang program tersebut.

TANGGAL 27.02.2009 BERSAMAAN 02 R’AWAL 1430H

Untuk pengetahuan semua, MPP selaku penganjur telah memberi mandat kepada IMAM untuk menguruskan malam pertama program tersebut. Jadi, IMAM telah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas tersebut supaya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Untuk itu IMAM telah memilih untuk mempersembahkan tayangan Palestin. Erm, yang bertajuk ‘Rintihan Umat Islam’…..

Ana rasa kagum dengan warga UiTM khususnya, sebab apa tau … tayangan tersebut sepatutnya bermula selepas isyak tapi, manusia hanya merancang Allah yang menentukan, hujan turun dengan lebatnya, petir sambar-menyambar… gerun… takoot:puteh_8:... Eee… mcm2 lah.. tapi atas rasa prihatin warga UiTM terhadap rakyat Palestin, warga UiTM datang jugak utk tengok… Tp datang lepas hujan berhenti lah=):anongnangyari:

Habis je tayangan, IMAM selaku ‘pengetua’ tuk mlm tu telah memberi santapan rohani dengan irama lagu yang menenangkan.. ala, nasyid la…susah sgt..hehe… antara jentera penggerak untuk nasyid tersebut adalah… Firdaus, Zahid(bukan Zahid AF tau), Firdaus Affandi, Akhmal Hakim, Hafizuddin, Bob(pun bukan Bob AF), Fahmie, Anuar, dan yang last sekali Amir Kamal…. Erm, rasanya dieorang boleh apply Akademi Nasyid la... ada bakat=):pandaGeli_07:

Renungan bersama __ MPP percaya sepenuhnya pd IMAM tuk uruskan mlm tersebut.. bukan nak riak atau bangga diri cuma nak munasabah diri… org lain tak kan percaya pd kita kalau kita ni tak bagus.. jadi disini, IMAM(ahli2nya) telah melakukan tugas dgn bersungguh2 hinggakan org lain(MPP) boleh percaya dan meletakkan tanggungjawab keatas IMAM tu sendiri… Alhamdulillah, semuanya atas usaha,taqwa,mulia… eh,tu kan slogan UiTM… boleh je.. dan semestinya semua kerja mesti lah ikhlas.. supaya diredhai Allah SWT… IsyaAllah =)

TANGGAL 28.02.2009 BERSAMAAN 03 R’AWAL 1430H

Perjuangan blum selesai lagi… (ceh, mcm nak perang plak..) hehe,, IMAM telah menyediakan 3 ‘booth’.. yg 1 ‘booth’ pameran yg menakjubkan.. yg ke-2 ‘booth’ barangan ilmiah… dan yg ke-3 adalah…ermmm.. yg ni yg paling best sekali… ‘Booth’ KEBAB!!!!!… cerita pasal KEBAB dulu lah yea!!!! Hari pertama karnival lagi jualan kebab dah bermula… berpusu-pusu org dtg... berduyun-duyun warga UiTM tiba… menyerbu ‘booth’ kebab IMAM… dan berkotak-kotak juga roti kebab habis=)… wah, sedapnya!!!!... ada yg kata sehingga menjilat jari(mcm KFC katanya…):snow34: walau apa pun kata mereka, semua itu adalah dgn izin Allah…

Renungan bersama__ penah perhatikan tak mak/ibu/mama (apa jua panggilan terhadap mereka) kita memasak????? Mereka memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas terhadap anak2 mereka… cuba memberikan yg terbaik, yakni makanan yg sihat, bersih dan yg paling penting HALAL… bukan nak riak atau bangga diri cuma nak munasabahkan diri… org lain tak kan dtg dan dtg dan dtg lagi tuk membeli kebab kalau kita buat kebab tu sambil lewa dan tak jg kebersihan… disini, IMAM menggunakan konsep yg mak/ibu/mama kita gunakan semasa memasak… (renung2kanlah) :puteh_6: Alhamdulillah, semuanya dgn izin Allah juga…

Ok…sekarang mengenai ‘booth’ barangan ilmiah… IMAM menyediakan ‘booth’ barangan ilmiah seperti buku, t-shirt labuh, tafsir al-quran, novel, stiker (bukan stiker elektrik tau), CD zikir dan mcm2 ada=)…

Renungan bersama__ kalau kita sayang seseorang mesti kita tak nak dia susah hati, tak senang duduk, erm… senang kata hati tak tenang la mcm kan… jadi, disebabkan IMAM sayangkan sahabat2nya maka IMAM mengambil kesempatan tuk jual brg2 ilmiah yg mcm tu… supaya nanti tak lagi susah hati… =)

‘Booth’ yg menjadi kebanggaan semua adalah ‘booth’ pameran… sat lagi ana ceritakan apsal lak jadi ‘booth’ kebanggaan?????:mGelak: Booth ni menyediakan pameran yg menakjubkan, sebabnya… antara barang yg dipamerkan adalah barang2 yg menunjukkan betapa besar dan agungnya kekuasaan Allah SWT… sebagai contoh, cincin permata yg tersergam indah mengukir nama Allah(dlm tulisan jawi… alif lam lam ha)… ada meteo, lo’-lo’, dan yg paling menarik adalah Saudara Afnan dan Saudara Mukhlis menulis tulisan khat… pd sesiapa yg nak tempah boleh la… tp ikut kelapangan saudara-saudara kita ni yea…

Renungan bersama__ sama2 la kita berkongsi sesuatu dgn sahabat2 kita yg lain…

TANGGAL 01.03.2009 BERSAMAAN 04 R’AWAL 1430H

Hari berganti hari, rupa2nya dah hari ke-3 karnival… Nampak gayanya kena la tutup ketiga-tiga ‘booth’… paling sedih booth kebab la…:puteh_25:
tak pe, kat pasar mlm kan ada=)… kan tadi ada cerita apsal booth kebanggaan tue adalah booth pameran… hehe… sebenaqnya la kan… booth pameran IMAM telah memenangi ‘BOOTH PENGISIAN TERBAIK’… wah, tahniah pd semua yg terlibat dlm menjayakan booth ini… ini semua adalah kerana kerjasama di antara ahli2 IMAM… Apa yg penting??? Kerjasama… Apa yg penting??? Kerjasama…:puteh_28: hehe… pd sebelah ptg, booth pameran ditutup… tp, booth kebab masih berduyun tiba warga UiTM dtg tuk beli kebab… sehingga la malam… begitu juga booth barangan ilmiah… =)

Renungan bersama__ agak2nya la kan, mcm mana yea kalau kita nak buat sesuatu supaya Berjaya tapi tak ada kerjasama antara ahli2 persatuan??? Fikir2kan… selamat beramal(pinjam kata2 dr.Izi)

Sunday, March 15, 2009

Tips Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Exam

Sememangnya peperiksaan satu kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian akademik atau kemahiran seseorang pelajar. Sekiranya keputusan diperoleh amat memberangsangkan, ini menjadi titik permulaan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya di samping beberapa peluang keemasan yang turut tersedia di hadapan. Bagaimanapun, semakin dekat tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut. Situasi ini biasa bagi remaja yang bakal menduduki peperiksaan, tetapi jika tekanan itu berlarutan sehingga anda jatuh sakit, ia tidak boleh dibiarkan. Panduan di bawah ini mungkin boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi dan pada masa sama, menghindar tekanan dan
perasaan bimbang.

- Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda Jika ada masalah di rumah atau teman, jangan fikirkannya kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Asingkan masalah belajar dengan masalah peribadi supaya anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang.

- Baiki kelemahan
Kelemahan dan kesilapan dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibaiki supaya ia tidak berulang ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia juga dapat membantu anda menjadi lebih yakin.

- Kurangkan aktiviti santai
Jika kebiasaannya anda sering menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet, lupakan ia sebentar ketika peperiksaan semakin hampir. Jika ada kawan-kawan yang cuba mempengaruhi untuk turut sama dalam aktiviti ini, anda perlu berani mengatakan tidak.

- Jangan memberi tekanan kepada diri
Anda perlu tenang apabila menghadapi peperiksaan. Kawal diri agar tidak terlalu memikirkan mengenainya sehingga menjadikan anda panik dan menyebabkan segala-galanya tidak terurus.

- Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik
Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan sihat. Selain itu anda dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti lasak yang mempunyai risiko kecederaan tinggi.

- Dapatkan sokongan keluarga
Sokongan, kerjasama serta perangsang daripada ahli keluarga amat penting untuk membantu anda belajar dengan baik dan berjaya dalam peperiksaan.Tip menghilangkan rasa panik ketika menduduki peperiksaan

- Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.

- Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.

- Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.

- Berdoa kepada Tuhan supaya anda dikurniakan ketenangan.

wallahualam...

Monday, March 2, 2009

9 Jenis Anak Setan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.:pandaGeli_10:
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).:puteh_8:
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! :pandaGeli_14:
10. Isetan.:pandaGeli_30:
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan. Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!:snow01:
12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm:mThinking:
Related Posts with Thumbnails